“Hey
,” sapa Aizan kepada seorang gadis yang sedang duduk di pentas dewan dengan
kaki yang berjuntai.
“
Hai , “ balas dia perlahan.
“
May i sit ? “ tanya Aizan sopan.
Standard buaya boy masuk move. Dia
sekadar mengangkat bahu, tanda tidak melarang dan tidak juga mengajak. Tanpa
menunggu jawapan verbal , Aizan terus mengambil tempat di sebelah gadis tersebut.
“
Hai, nama saya Aizan. Awak ni student yang hari tu dalam kelas 5 Tulip tu kan?
“ Aizan membuka mukadimah. Dia melihat gadis tersebut sekadar mengangguk. Aizan
dalam diam cuba menganalisa gadis yang berada disebelahnya.
“
Nama awak siapa? Kita tak kenal lagi ,” tanya Aizan. Dia menyembunyikan
senyuman apabila nampak si gadis tersenyum. Namun soalannya tidak dijawab.
Aizan berteka – teki sendiri. Nak dikata bisu, hari tu dengar pula suaranya. Ni
ditanya tak menjawab pula. Nak minta diurat ke apa?
“
Awak ,” belumpun sempat Aizan menghabiskan ayatnya, si gadis sudah memintas.
“ Lagi
selesa kalau kita beraku kau je. Dengar macam kasar tapi itu kan cara kalau nak
berkawan. Bersaya berawak macam, ergh. Buat meremang bulu roma ja, “ Aizan
merenung wajahnya degan riak tidak percaya. Mati-mati diingatnya gadis yang
berada di hadapannya itu jenis pemalu.
“
Saya Mai. Nice to know you, Aizan. Hope we can make a good friend relationship
, “ rancak mulutnya berkata-kata.
“
Gembira kenal awak juga. Mind if i bring you somewhere? “ soal Aizan. Dia
berkira- kira untuk mengenalkan Mai dengan Zeen.
“
Ohoo, cepatnya progress. Nak bawa kemana ? syurga atau neraka? “ serentak
ketawa mereka pecah. Aizan sekadar menggelengkan kepala tidak percaya dengan
perangai Mai yang nakal. Mungkin mereka boleh jadi partner yang cool.
“
Sebenarnya aku ada practice ni, “ kata Mai sambil membentuk muka dihadapan
Aizan.
“
practice apa? Basketball ke? “ tanya Aizan yang clueless sambil memerhatikan
seluruh dewan. Sana sini orang sibuk bermain.
“
Escape practice , “ balas Mai sambil
tersengih dan mengenyitkan sebelah mata. Dengan pantas dia melompat dan berlari
ke pintu keluar sebelum sempat Aizan berkata apa-apa. Aizan hanya mampu
memandang Mai yang berlari meninggalkan dia.
“
Hoi, angau ke apa? “ tiba-tiba bahu Aizan ditolak oleh belakang. Dia pantas
tersedar dari lamunan.
“
Apa, kenapa? “ tanya Aizan tiba- tiba.
“
Apa , kenapa apa pula? “ soal Zeen balik. Pelik melihat Aizan yang kelihatan
bingung.
“
Dahlah , nah ambil roti ni. Kan kau yang minta tadi, “ Zeen menghulurkan
sebungkus roti kearah Aizan.
“
Somehow, i feel fresh today. Thanks Zeen ,” Aizan menyambut huluran roti sambil
tersenyum. Zeen memandang Aizan yang tiba-tiba ceria. Angau kut. Tapi dengan
siapa? Seingat dia, Aizan bukan jenis yang mudah angau. Memanglah dia sering
dikelilingi gadis tapi, gadis mana pula yang berjaya mengangaukan dia.
“
Hey, aku bukan angau la. Im just kinda happy jumpa kawan baru, “ kata Aizan selamba seolah-olah mengetahui apa
yang berada dalam fikiran Zeen.
“
Mana kau la zan. Malas aku nak campur , “ sudahnya itu yang dibalas Zeen. Malas
mahu memberatkan fikirannya dengan perubahan sikap sahabatnnya, Zeen bangun
dari duduknya dan melakukan warming up sebelum bermain. Dia tidak mahu
mengalami sebarang kecederaan semasa latihan nanti.
“
Nanti aku nak kenalkan kau dengan somebody,” tiba-tiba Aizan bersuara sambil memandang Zeen dengan
sengihan.
“
siapa? “
“Adalah,
“
Zeen
sekadar menjongketkan bahu dan terus menyambung excercise.
.................................
“
Mai , “
Mai
berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Matanya meliar mencari siapa
empunya suara yang memanggil namanya yang sweet itu. Dari jauh dia nampak Aizan
sedang melambai tangan kearahnya sambil jalan beriringan dengan seorang teman
lelaki di sisi.
“
Hei, what’s up. Ada masalah problem ke? “ tanya Mai sebaik Aizan dan Zeen
sampai dihadapannya.
“
Jom kita jalan sama – sama. Kenalkan ni Zeen. Zeen ni Mai , “ Aizan segera
memperkenalkan mereka. Zeen mengangkat tangannya dengan senyuman acuh tak acuh.
Mai sekadar tersengih melihat telatah Zeen yang seolah-olah tidak berapa selesa
dengannya.
“
Hai Zeen. Saya Mai. Nama panjang Maaaaiiiiii ,”
Gurauan
Mai disambut dengan kerlingan Zeen namun hanya dibalas selamba oleh Mai. Mereka
kemudiannya mula berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.
“Rileks
la Zeen. Im not gonna harm you. Nothing to worry , “ tiba – tiba Mai bersuara
sambil memandang Zeen yang berpura-pura tidak mendengar kata-katanya. Aizan
hanya ketawa tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku.
“
There’s nothing to worry pun. You are nobody , “ kasarnya bahasa Zeen sekadar
dibalas senyuman plastik Mai. Takkan masih marah kut gara-gara aku beli pantun
dia hari tu. Hurm, interesting guy. Should i test him? Mai berteka teki sendiri
tanpa peduli dengan Aizan yang sibuk membebel itu ini.
Sedang
sibuk dia menimbang tara tentang apa yang hendak dilakukan, dia ternampak
Zahera dari jauh. Tanpa sempat akalnya bersuara, tindakannya lebih mendahului.
“
Hai Era. Saya Mai. So sorry for the other day. Im no mean to interrupt you’ll,
“ dia menegur Zahera dengan charm. Tangan dihulur sebagai mukadimah perkenalan.
Zahera terdiam sesaat sebelum menyambut huluran dengan senyuman yang dihiasi
lesung pipit di kedua belah pipinya. No wonder la si Zeen ni angau overdose
dengan si Zahera. Memang sweet pun.
“
Thanks to you Mai. Kalau awak takde hari tu agaknya saya dah jadi gulai dek dua ekor kubing tu,” jawab
Zahera lembut. Serentak ketawa mereka
bergabung. Zeen dan Aizan sekadar memandang. Mai memandang Zeen dengan senyuman
penuh maksud.
“
Boleh kita jalan sama? Era pun macam jalan sendiri je ,” Zahera mengangguk
tanda setuju dengan pelawaan Mai.
“
Jomlah, “
Mai
menarik tangan Mai sambil mengenyitkan mata kearah Aizan dan Mai. Dalam diam
Mai merangka-rangka pelannya untuk memasangkan Zeen dan Zahera.