Isnin, 13 Februari 2012

Cerita Akalili ( Part 3 )



“Hey ,” sapa Aizan kepada seorang gadis yang sedang duduk di pentas dewan dengan kaki yang berjuntai.

“ Hai , “ balas dia perlahan.

“ May i sit ? “ tanya Aizan  sopan. Standard  buaya boy masuk move. Dia sekadar mengangkat bahu, tanda tidak melarang dan tidak juga mengajak. Tanpa menunggu jawapan verbal , Aizan terus mengambil tempat di sebelah  gadis tersebut.

“ Hai, nama saya Aizan. Awak ni student yang hari tu dalam kelas 5 Tulip tu kan? “ Aizan membuka mukadimah. Dia melihat gadis tersebut sekadar mengangguk. Aizan dalam diam cuba menganalisa gadis yang berada disebelahnya.

“ Nama awak siapa? Kita tak kenal lagi ,” tanya Aizan. Dia menyembunyikan senyuman apabila nampak si gadis tersenyum. Namun soalannya tidak dijawab. Aizan berteka – teki sendiri. Nak dikata bisu, hari tu dengar pula suaranya. Ni ditanya tak menjawab pula. Nak minta diurat ke apa?

“ Awak ,” belumpun sempat Aizan menghabiskan ayatnya, si gadis sudah memintas.

 “  Lagi selesa kalau kita beraku kau je. Dengar macam kasar tapi itu kan cara kalau nak berkawan. Bersaya berawak macam, ergh. Buat meremang bulu roma ja, “ Aizan merenung wajahnya degan riak tidak percaya. Mati-mati diingatnya gadis yang berada di hadapannya itu jenis pemalu.

“ Saya Mai. Nice to know you, Aizan. Hope we can make a good friend relationship , “ rancak mulutnya berkata-kata.

“ Gembira kenal awak juga. Mind if i bring you somewhere? “ soal Aizan. Dia berkira- kira untuk mengenalkan Mai dengan Zeen.

“ Ohoo, cepatnya progress. Nak bawa kemana ? syurga atau neraka? “ serentak ketawa mereka pecah. Aizan sekadar menggelengkan kepala tidak percaya dengan perangai Mai yang nakal. Mungkin mereka boleh jadi partner yang cool.

“ Sebenarnya aku ada practice ni, “ kata Mai sambil membentuk muka dihadapan Aizan.
“ practice apa? Basketball ke? “ tanya Aizan yang clueless sambil memerhatikan seluruh dewan. Sana sini orang sibuk bermain.

“ Escape practice , “ balas  Mai sambil tersengih dan mengenyitkan sebelah mata. Dengan pantas dia melompat dan berlari ke pintu keluar sebelum sempat Aizan berkata apa-apa. Aizan hanya mampu memandang Mai yang berlari meninggalkan dia.

“ Hoi, angau ke apa? “ tiba-tiba bahu Aizan ditolak oleh belakang. Dia pantas tersedar dari lamunan.

              “ Apa, kenapa? “ tanya Aizan tiba- tiba.

“ Apa , kenapa apa pula? “ soal Zeen balik. Pelik melihat Aizan yang kelihatan bingung.

“ Dahlah , nah ambil roti ni. Kan kau yang minta tadi, “ Zeen menghulurkan sebungkus roti kearah Aizan.

“ Somehow, i feel fresh today. Thanks Zeen ,” Aizan menyambut huluran roti sambil tersenyum. Zeen memandang Aizan yang tiba-tiba ceria. Angau kut. Tapi dengan siapa? Seingat dia, Aizan bukan jenis yang mudah angau. Memanglah dia sering dikelilingi gadis tapi, gadis mana pula yang berjaya mengangaukan dia.

“ Hey, aku bukan angau la. Im just kinda happy jumpa kawan baru, “  kata Aizan selamba seolah-olah mengetahui apa yang berada dalam fikiran Zeen.

“ Mana kau la zan. Malas aku nak campur , “ sudahnya itu yang dibalas Zeen. Malas mahu memberatkan fikirannya dengan perubahan sikap sahabatnnya, Zeen bangun dari duduknya dan melakukan warming up sebelum bermain. Dia tidak mahu mengalami sebarang kecederaan semasa latihan nanti.

“ Nanti aku nak kenalkan kau dengan somebody,” tiba-tiba Aizan  bersuara sambil memandang Zeen dengan sengihan.

“ siapa? “

“Adalah, “

Zeen sekadar menjongketkan bahu dan terus menyambung excercise.



.................................



“ Mai , “

Mai berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Matanya meliar mencari siapa empunya suara yang memanggil namanya yang sweet itu. Dari jauh dia nampak Aizan sedang melambai tangan kearahnya sambil jalan beriringan dengan seorang teman lelaki di sisi.
“ Hei, what’s up. Ada masalah problem ke? “ tanya Mai sebaik Aizan dan Zeen sampai dihadapannya.

“ Jom kita jalan sama – sama. Kenalkan ni Zeen. Zeen ni Mai , “ Aizan segera memperkenalkan mereka. Zeen mengangkat tangannya dengan senyuman acuh tak acuh. Mai sekadar tersengih melihat telatah Zeen yang seolah-olah tidak berapa selesa dengannya.

“ Hai Zeen. Saya Mai. Nama panjang Maaaaiiiiii ,”

Gurauan Mai disambut dengan kerlingan Zeen namun hanya dibalas selamba oleh Mai. Mereka kemudiannya mula berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.

“Rileks la Zeen. Im not gonna harm you. Nothing to worry , “ tiba – tiba Mai bersuara sambil memandang Zeen yang berpura-pura tidak mendengar kata-katanya. Aizan hanya ketawa tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku.

“ There’s nothing to worry pun. You are nobody , “ kasarnya bahasa Zeen sekadar dibalas senyuman plastik Mai. Takkan masih marah kut gara-gara aku beli pantun dia hari tu. Hurm, interesting guy. Should i test him? Mai berteka teki sendiri tanpa peduli dengan Aizan yang sibuk membebel itu ini.

Sedang sibuk dia menimbang tara tentang apa yang hendak dilakukan, dia ternampak Zahera dari jauh. Tanpa sempat akalnya bersuara, tindakannya lebih mendahului.

“ Hai Era. Saya Mai. So sorry for the other day. Im no mean to interrupt you’ll, “ dia menegur Zahera dengan charm. Tangan dihulur sebagai mukadimah perkenalan. Zahera terdiam sesaat sebelum menyambut huluran dengan senyuman yang dihiasi lesung pipit di kedua belah pipinya. No wonder la si Zeen ni angau overdose dengan si Zahera. Memang sweet pun.

“ Thanks to you Mai. Kalau awak takde hari tu agaknya saya  dah jadi gulai dek dua ekor kubing tu,” jawab Zahera lembut.  Serentak ketawa mereka bergabung. Zeen dan Aizan sekadar memandang. Mai memandang Zeen dengan senyuman penuh maksud.

“ Boleh kita jalan sama? Era pun macam jalan sendiri je ,” Zahera mengangguk tanda setuju dengan pelawaan Mai.

“ Jomlah, “

Mai menarik tangan Mai sambil mengenyitkan mata kearah Aizan dan Mai. Dalam diam Mai merangka-rangka pelannya untuk memasangkan Zeen dan Zahera.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan