“ Hoi , mengelamun ,” bahu
Akalili ditepuk dari belakang. Pantas kepala ditoleh kearah tuan punya tangan
yang menepuk bahunya.
“ Apa ?“ tanya Akalili perlahan. Anna Sofea tersengih mengambil
tempat duduk disebelah Akalili. Dipandang Akalili yang membuang pandang ke laut.
Entah apa yang menarik tentang laut hinggakan Akalili sampai terkadang ke malam duduk
tercatuk di situ. Walau ditegur berulang kali, namun tabiatnya yang satu itu
nampaknya sukar dikikis.
“ Laut mungkin nampak cantik, tapi
bau busuk. Tak suka , “ bagai terjojol keluar mata Akalili apabila mendengar
komen dari mulut Anna Sofea.
“ Anna, kau ni kan, “
“ Apa ?”
“ Tengah sunset macam ni boleh
kau keluar ayat macam tu. Orang baru nak feel ala-ala romantik gitu, “ jawab
Akalili sambil membuat muka. Anna sofea tergelak mendengar jawapan Akalili .
“ Dah la. Jom kita balik. Dah nak
maghrib ni. Kau tau kan tempat ni keras, tambah lagi bila kita je ada kat sini
, “ sakat anna Sofea.
“ Kejaplah. Nak ambil angin
petang dulu, “ balasnya malas. Dia kalau boleh , masih hendak duduk disitu
sehingga hatinya puas. Anna sofea memandang Akalili pandangan semacam.
“ Petang kebendanya. Ni dah senja
dah sayang oi. Banyak syaitan dok beriadah kat sini,” Akalili sekadar
mengangkat bahu.
“ Ni mesti sebab Haiqal tak? “ soal Anna Sofea serkap jarang. Akalili sekadar
mengangkat bahu.
“ Tak lah. Manada , “ balas
Akalili dengan nada mahu tidak mahu.
“ Dah tu ? “ tajam pandangan Anna
sofea menuju kearah Akalili yang masih memandang laut. Bukan dia tidak tahu Akalili.
Walaupun baru berkenalan dengan Akalili tahun lalu, dia sudah masak dengan
sikap Akalili yang satu itu. Sikapnya yang suka menyimpan dalam hati itu
kadang merisaukan, takut suatu hari
nanti dia tidak dapat mengawal emosinya dengan betul.
“ Tak ada apa Anna. Aka saja je
nak ambil angin petang, dah lama benar tak duduk di sini,” Anna memandang wajah
Akalili, cuba mencari dimana letak kebenaran pada kata- kata Akalili.
“ Macam betul je,” ada sindiran
dalam ayat Anna. Akalili menjeling Anna Sofea sambil mengerutkan kening.
“ Dah lah. Jom balik dorm la. Tak
tenang duduk bila ada tukang ganggu suasana, “ sindiran dibalas sindiran. Anna
sekadar tersengih,tidak terasa. Memang begitulah cara mereka bergurau.
“ Anna , “
“ Kalau Aka cakap that my love
will last forever, are you gonna believe it ? “ lambat – lambat ayat itu diucap
Akalili. Anna sofea yang tadinya sudah bangun duduk kembali di sisi Akalili.
“
Its a matter of time Akalili. Im not saying that i believe bout your
relationships, but i do believe you
yourself. Anna percaya yang Aka try hard
to be the one untuk dia, tapi in the end kena serahkan pada Yang Esa juga, “
panjang lebar syarahan Anna Sofea.
“ Kenapa tanya ? “
“ Just because. Kadang terasa nak
give up, kadang terasa sayangnya nak lepaskan. We know each other for about
5years. Salah Akakah biarkan dia bebas di sana atau salah dia kah yang tidak
kenal mana intan mana permata ? “
Akalili bercakap sendiri. Serentak itu, ketawa Anna Sofea meletus tanpa
ditahan. Akalili memandang Anna dengan wajah blurrnya.
“ Too mushy. Meremang bulu roma
la. Kata nak jadi macam Hlovate. Ni gaya apa kes ? “ Anna ketawa lagi. Akalili
yang ini memang betullah Akalili.
“ Betullah. Tadi dok sibuk tanya
masalah kita. Ni dah nak luahkan, dia pula sakan ketawa. Ingat kita anak patung
ke nak buat macam macam takde perasaan, “
Sudah ! Anna sofea menggaru kepala yang tidak gatal. Nada
suara Akalili yang mendatar itu, menyedarkan yang dia telah menyebabkan Akalili
kecil hati.
“ Kita
tak sengaja la. Cara kau luahkan tu mushy sangat. Tu yang buat tak tahan nak ketawa tu. Ala,
sorry la Aka ,” Dalam sesaat, Anna sofea meminta maaf. Tahu keterlanjurannya
itu perlu diperbetulkan dengan segera.
“ Tau
la. Takpe. Apa yang kau cakapkan tu ada betulnya juga. Im not used to that.
Haha , “ jawab Akalili dengan suara yang sengaja diceriakan. Wajah bersalah
Anna Sofea dipandangnya sebelum dilepaskan keluhan kecil. As expected, its not
easy to share with people even the closest one when its comes to the deepest.
Mungkin someday.
“
Akalili.sorry. saya tak sengaja la. You know how much i love you, “
kedengarannya suara Anna semakin melurut. Takut kut-kut Akalili benar-benar
kecil hati dengannya.
Hahaha, Akalili tertawa. Kali ini dengan ketawa yang ikhlas.
“ Now ,
you’re the one yang mushy pula. Sama je macam along. Such a lovey dovey couple
. uweek ! “ usai bercakap, Akalili
bangun dan terus berlari meninggalkan Anna Sofea .
“
Akalili Hanani. You are done ! “
“ Tak
takut, tak takut ,”
Haha..............
Dan Akalili terus
menyimpan rahsia hatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan