Salam ,
Isu pemansuhan PTPTN nampaknya dah jadi isu baru lagi..Mungkin ramai yang tak setuju kalaulah PTPTN ni dimansuhkan.. Yelah, tak semua orang mampu nak tanggung diri sendiri kalau dah masuk IPTA/IPTS. Kos yang kita perlu bukan sekadar seratus dua je.. Nak habiskan pengajian sampai tiga tahun tu makan sampai 20 -30 k tu..
Atau mungkinkah PTPTN akan dimansuhkan sebab dah takde duit nak dibagi pinjam kut.. Tiap tahun duit dok keluar tapi yang pulang balik seciput je. Macam mana nak buat pusing modal. Dah macam2 cara dibuat untuk dapatkan balik $$ pinjaman tapi masih lagi tidak dapat diatasi.
Haha, saya dok membebel je macamlah saya yang bagi pinjam duit.Tidak , cuma perasaan bengang tu timbul dalam diri bila benda macam ni jadi. cubalah sedar wahai insan - insan yang meminjam $$ PTPTN tu, ingat-ingatlah nak bayar.. Dah pinjam $$ orang tu, kenalah nak bayar balik. Hari tu masa kita mula2 apply untuk Pinjaman PTPTN bukannya diaorang cakap. " baiklah, saya beri awak $$.Tak perlu bayar balik " .
Agaknya elok juga kalau dimansuhkan sebab dah bosan tengok student2 yang kat luar tu, dok enjoy2 $$ loan. Kalau result super meletup kut confirm boleh dapat kerja sampai gaji ribu2, takpelah kut. Sampaikan ada certain person yang siap tambah $$ loan just for enjoy. Langsung tak fikir kemudian hari , datang pula dari keluarga susah. Belajar dibuat main. In the end, Habis study, kerja tak dapat, hutang melambak.. Haaa, Hang rasa la sendiri kesan perbuatan tu.
Alamak, makin banyak menulis makin bengang pula. Dah cukuplah membebel. Anyways, benda macam ni bukan boleh dipandang ringan. Buat suka suki ikut sedap rasa bukan sekadar menyusahkan diri sendiri tapi orang yang ada disekitar and yang terlibat juga generasi yang akan datang. Apapun , sorry for any Rude ayat and Bahasa.
Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah, dan ketidakperfect -an itu adalah datang dari saya sendiri. And I say Assalam.......................................
Khamis, 19 April 2012
Sabtu, 31 Mac 2012
Cerita Akalili part 5..
Akalili menongkat dagu di meja belajar sambil merenung gambar famili. dia dengan senyuman manis, si Along yang memeluknya dengan senyuman nakal serta si ibu dan babah yang berseri wajah. Kerinduan tiba-tiba datang menjengah saat dia sudah hampir melupakan tragedi buruk itu. Air mata yang mula bergenang di hujung mata lantas diseka. Segera tangannya menarik laci meja, cuba menarik perhatiannya dari kisah lampau. Matanya pantas tertancap pada buku biru yang tersimpan kemas di laci.
Diambil dan perlahan diselak ke muka surat yang terakhir dibacanya.
...............................................
Mai duduk melepak dengan
Zahera di taman Sains sambil berbual kosong itu sementara menunggu masa kelas
tambahan yang akan diadakan pada jam3 petang. Cerita punya cerita, ter’tiba’ la
pula keluar topik tentang Aizan dan Zeen.
“ How are you doing with
Aizan and Zeen ? “ sembang Zahera.
“ So so. It has been two
months and i did great with Aizan. He’s
playfull person and talkative too. Compared to Zeen, he’s kind of
serious guy. Haha , “ selamba Mai menjawab .
“ I see. You still new here
yet you kinda popular among student so teachers, “
Mai lantas tergelak mendengar kata- kata Zahera. Apa
la Era ni.
“ What popular la you. Im
just being me. If we’re talking about popular it should be you. Mai tengok,
banyak benar yang tangkap cinta dengan kau , “ merah muka Zahera bila diusik
begitu.
“ Contoh paling senang, Zeen. Kalau tengok,
macam angau benar dia dengan kau. Tak berminat ? “ pantas Mai mencucuk
jarum. Peluang yang ada ni sayang kalau dilepas. Dipandang Zahera yang menunduk
memandang tangannya yang dok sibuk mencabut rumput. Alahai Era, tangan tu aktif
benar mencabut rumput. Botak kang taman
ni, kan ke nanti kena accused vandalisme pula.
“ Era nak study. Benda cinta
couple ni bukannya real pun kalau time-time sekolah. Tak ke? Nanti ganggu
study. Tak mahu la Era, “ malu-malu Zahera menjawab. Memang sah la gadis ayu
terakhir.
“ Itukan pengalaman. Tak nak
rasa ke? “ Mai semakin bersemangat bertanya. Sambil-sambil buka minda dan hati
Zahera. Cheewah, jadi cupid gitu. Manalah tau esok-esok jadi hubungan diaorang.
Aku juga yang gembira.
“ Its not that i wont. Its
just no the right time , “ pandai Zahera menjawab. Mai mengangguk-anggukkan
kepalanya tanda setuju namun otaknya ligat mencari jalan untuk ‘membasuh ‘
Zahera.
“ Kau Mai. Takde boyfriend
ke? “ tanya Zahera membalas.
Erk!
“Tengah mencari la ni ,”
jawab Mai berseloroh.
“ Habis, Aizan dengan Zeen
tu. Bukan calon ke ? “
Laa, aku pula yang kena sakat.
“
Aizan tu nak buat calon? Biar betul. Haha , “ serentak itu meledak ketawa Mai.
Dirasakan lucu kenyataan Zahera.
“
Kenapa pula ? “ Zahera mengerutkan
kening. Dia tidak nampak dimana kurangnya Aizan untuk jadi seorang teman
lelaki.
“Aizan
tu nak buat teman lelaki. Dia tu elok nak buat kawan je.haha. pasal Zeen,
diakan ada yang punya. Mai taknak kacau la, ‘ujar Mai sambil ketawa- ketawa. Di
sebalik jawapan, terselit maksud yang tersirat. Zahera mendiamkan diri. Bukan
dia tidak tahu perasaan Zeen
terhadapnya dia , cuma dia tidak tahu dan tidak mahu terluka,terganggu dan yang
sewaktu dengannya. Dia masih ada benda
yang perlu ditumpukan selain daripada cinta remaja. Semua tu tak boleh pakai.
“ Such a waste la Era, “
“Waste
kebendanya pula? “
“
Yelah. Zeen kan good guy, “
Zahera melepaskan keluhan perlahan.
“
Nak Era cakap berapa kali baru Mai faham apa yang Era cakapkan, “ kedengaran
exhausted suara Zahera. Mai mengangkat bahu.
“
Taklah. I do understand , “
“ Then, I do appreciate if you not talking
about this matter anymore Mai. You know that you make me getting bored and
bored around you , “ suara Zahera meninggi. Berubah wajah Mai. Marah benarkah Zahera tentang perkara itu.
Hey,
im just joking around la. Why the fuss. Kalau tak mahu dahlah, bukannya Mai paksa
pun couple dengan Zeen.Rileks Mai. Tarik
nafas, hembus and tarik.
“
Era, look here. Im sorry kalau kau terasa. Saya takde niat nak buat you sakit
hati. Really sorry , “ ikhlas Mai meminta maaf. Zahera langung tidak berkutik
dari tempat duduknya.
“
Me too Mai. So sorry. Please dont take heart ,”
“
Thanks, “
“
Alright , got to go. Class will start in awhile. I go first , “ tanpa menunggu jawapan dari mulut Mai, Zahera
terus meninggalkan Mai yang masih berfikir-fikir.
“ Hey hey.
I have a pen, My pen is blue,
I have a friend, My friends is you ,”
Pap ! Bahu Mai ditepuk dari
belakang, menarik Mai kembali semula ke realiti. Mai bingung melihat Aizan yang tiba-tiba
muncul dihadapannya. Hatinya menjadi serba salah melihat Zeen yang berdiri
tidak jauh dari tempat mereka.
“
Kenapa ? “
“
Kenapa apa?”
“
Kenapa apa yang kenapa ? “
Aizan menepuk dahi. Allah, budak ni la. Cubit pipi
tu karang baru nak sedar agaknya.
“ Kenapa ? “ Bulat mata Mai
memandang Aizan yang menjegilkan mata kearahnya. Perang baru nak mula bila...
“ Hoi, tak nak masuk kelas
ke ? kalau jumpa, tak gaduh tak boleh ke?“
Zeen menjerit geram kepada mereka berdua. Serentak Mai menjelirkan lidah kepada Aizan.
“
Nasib baik ada penyelamat. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan , “ usai berkata,
Mai terus berlari-lari anak menuju ke
kelas. Takut juga kalau cikgu Romzy dah masuk kelas.
“ Amboi,
bertuah punya manusia. Nanti balik karang, habis kau aku kenakan , “ Aizan
membebel sepanjang menuju ke kelas. Tidak puas hati benar dengan sikap
budak-budak Mai itu.
“
Elok benarlah kau dengan Mai tu , “ mendatar suara Zeen.
“
Lemah je. Benci benar ke kau dengan Mai tu? “
“
Benci? I’ve been with her for two months, baru la ni hang tanya aku suka ke dak
dengan dia tu ? “ meninggi tone suara Zeen. Geram dengan gaya tarik tali Aizan.
Dia bukan bencikan Mai, dia Cuma tidak selesa bila terlalu rapat dengan
perempuan. Namun, itu dua bulan lalu.
Thanks God to perangai lasak Mai, buat dia semakin menerima Mai sebagai geng
baru. Iyelah kan, selama ni berdua dengan Aizan. Tiba-tiba pula bertambah geng
baru. Perempuan pulak tu. Si Aizan ni pun satu. Punyalah banyak orang lain nak
dibuat kawan, si Mai tu juga yang dipilihnya. Pernah ditanya Aizan dulu semasa
mereka baru mula mengenali antara satu sama lain, dengan selambanya Aizan
menjawab “She need friends. Aku boleh
buat dia as friend and my little sister. Plus, when she with us, takde la orang
berani nak kacau dia dari kau , “. Memang kawan yang bertuah.
“
Hey. Bila kau nak buat move dekat dia? “
bagai nak terjojol keluar biji mata Zeen mendengar soalan luar alam Aizan.
“
Salah tanya ke? “ Aizan buat-buat innocent.
“
cakap pasal Zahera ke ? “ Zeen saja buat-buat bodoh. Aizan lantas tergelak.
“
Mana tahu aku tanya pasal Zahera ? “ Aizan membalas sambil ketawa-ketawa. Dia
tahu Zeen tahu bahawa siapa itu ialah Mai tapi dia saja ikut buat sketsa dengan
Zeen. Tengok sampai mana bakatnya tu bawa dia dalam permainan yang dia cipta
sendiri.
“
Somehow , i feel yang Zahera playing hard to get . im not a perfect guy,but
still im good enough to be a lady’s man. Dont you think so , “ tanya Zeen
mendapatkan kepastian.
“ I
do believe yang you is a good guy, but instead of choosing Zahera to be your
girl, kenapa tak nak pilih Mai yang dah sedia ada untuk kau , “ Aizan cuba memberikan jawapan yang mantap
untuk soalan Zeen.
“
Kau kan asyik Mai itu, Mai ini. Bla and bla and bla. Kenapa tak kau je yang
buat Mai jadi you punya girl, “ tanpa sedar Zeen menjawab begitu.
“
Sure you menyesal someday later, “
Haha.
“ Then why dont you prove to
me first , “ cabaran pantas dijual.
“ Bukan idea yang baik la
Zeen. You know, Mai is the best girl yang fits with you. No, no , no ,” dalam
menolak, Aizan sempat membuat tawaran. Zeen tersenyum menang.
Mereka terus melangkah menuju ke kelas. Di kejauhan,
kelihatan Mai sedang melambai kearah mereka dengan tangannya yang penuh dengan
buku. Aizan segera membalas lambaian sambil tersenyum.
“
Okay, tell me. Why Mai? Kenapa? “
“
Then tell me, why Zahera? “
Zeen hanya diam. Dia malas mahu bertekak dengan Aizan kerana perempuan. Aizan
sekadar senyum nipis dengan kemenangannya.
Selasa, 27 Mac 2012
Cerita Akalili Part 4
“ Hoi , mengelamun ,” bahu
Akalili ditepuk dari belakang. Pantas kepala ditoleh kearah tuan punya tangan
yang menepuk bahunya.
“ Apa ?“ tanya Akalili perlahan. Anna Sofea tersengih mengambil
tempat duduk disebelah Akalili. Dipandang Akalili yang membuang pandang ke laut.
Entah apa yang menarik tentang laut hinggakan Akalili sampai terkadang ke malam duduk
tercatuk di situ. Walau ditegur berulang kali, namun tabiatnya yang satu itu
nampaknya sukar dikikis.
“ Laut mungkin nampak cantik, tapi
bau busuk. Tak suka , “ bagai terjojol keluar mata Akalili apabila mendengar
komen dari mulut Anna Sofea.
“ Anna, kau ni kan, “
“ Apa ?”
“ Tengah sunset macam ni boleh
kau keluar ayat macam tu. Orang baru nak feel ala-ala romantik gitu, “ jawab
Akalili sambil membuat muka. Anna sofea tergelak mendengar jawapan Akalili .
“ Dah la. Jom kita balik. Dah nak
maghrib ni. Kau tau kan tempat ni keras, tambah lagi bila kita je ada kat sini
, “ sakat anna Sofea.
“ Kejaplah. Nak ambil angin
petang dulu, “ balasnya malas. Dia kalau boleh , masih hendak duduk disitu
sehingga hatinya puas. Anna sofea memandang Akalili pandangan semacam.
“ Petang kebendanya. Ni dah senja
dah sayang oi. Banyak syaitan dok beriadah kat sini,” Akalili sekadar
mengangkat bahu.
“ Ni mesti sebab Haiqal tak? “ soal Anna Sofea serkap jarang. Akalili sekadar
mengangkat bahu.
“ Tak lah. Manada , “ balas
Akalili dengan nada mahu tidak mahu.
“ Dah tu ? “ tajam pandangan Anna
sofea menuju kearah Akalili yang masih memandang laut. Bukan dia tidak tahu Akalili.
Walaupun baru berkenalan dengan Akalili tahun lalu, dia sudah masak dengan
sikap Akalili yang satu itu. Sikapnya yang suka menyimpan dalam hati itu
kadang merisaukan, takut suatu hari
nanti dia tidak dapat mengawal emosinya dengan betul.
“ Tak ada apa Anna. Aka saja je
nak ambil angin petang, dah lama benar tak duduk di sini,” Anna memandang wajah
Akalili, cuba mencari dimana letak kebenaran pada kata- kata Akalili.
“ Macam betul je,” ada sindiran
dalam ayat Anna. Akalili menjeling Anna Sofea sambil mengerutkan kening.
“ Dah lah. Jom balik dorm la. Tak
tenang duduk bila ada tukang ganggu suasana, “ sindiran dibalas sindiran. Anna
sekadar tersengih,tidak terasa. Memang begitulah cara mereka bergurau.
“ Anna , “
“ Kalau Aka cakap that my love
will last forever, are you gonna believe it ? “ lambat – lambat ayat itu diucap
Akalili. Anna sofea yang tadinya sudah bangun duduk kembali di sisi Akalili.
“
Its a matter of time Akalili. Im not saying that i believe bout your
relationships, but i do believe you
yourself. Anna percaya yang Aka try hard
to be the one untuk dia, tapi in the end kena serahkan pada Yang Esa juga, “
panjang lebar syarahan Anna Sofea.
“ Kenapa tanya ? “
“ Just because. Kadang terasa nak
give up, kadang terasa sayangnya nak lepaskan. We know each other for about
5years. Salah Akakah biarkan dia bebas di sana atau salah dia kah yang tidak
kenal mana intan mana permata ? “
Akalili bercakap sendiri. Serentak itu, ketawa Anna Sofea meletus tanpa
ditahan. Akalili memandang Anna dengan wajah blurrnya.
“ Too mushy. Meremang bulu roma
la. Kata nak jadi macam Hlovate. Ni gaya apa kes ? “ Anna ketawa lagi. Akalili
yang ini memang betullah Akalili.
“ Betullah. Tadi dok sibuk tanya
masalah kita. Ni dah nak luahkan, dia pula sakan ketawa. Ingat kita anak patung
ke nak buat macam macam takde perasaan, “
Sudah ! Anna sofea menggaru kepala yang tidak gatal. Nada
suara Akalili yang mendatar itu, menyedarkan yang dia telah menyebabkan Akalili
kecil hati.
“ Kita
tak sengaja la. Cara kau luahkan tu mushy sangat. Tu yang buat tak tahan nak ketawa tu. Ala,
sorry la Aka ,” Dalam sesaat, Anna sofea meminta maaf. Tahu keterlanjurannya
itu perlu diperbetulkan dengan segera.
“ Tau
la. Takpe. Apa yang kau cakapkan tu ada betulnya juga. Im not used to that.
Haha , “ jawab Akalili dengan suara yang sengaja diceriakan. Wajah bersalah
Anna Sofea dipandangnya sebelum dilepaskan keluhan kecil. As expected, its not
easy to share with people even the closest one when its comes to the deepest.
Mungkin someday.
“
Akalili.sorry. saya tak sengaja la. You know how much i love you, “
kedengarannya suara Anna semakin melurut. Takut kut-kut Akalili benar-benar
kecil hati dengannya.
Hahaha, Akalili tertawa. Kali ini dengan ketawa yang ikhlas.
“ Now ,
you’re the one yang mushy pula. Sama je macam along. Such a lovey dovey couple
. uweek ! “ usai bercakap, Akalili
bangun dan terus berlari meninggalkan Anna Sofea .
“
Akalili Hanani. You are done ! “
“ Tak
takut, tak takut ,”
Haha..............
Dan Akalili terus
menyimpan rahsia hatinya.
Ahad, 25 Mac 2012
cara mudah nak buat kek batik
Semenjak dua menjak ni sibuk online untuk buat reference ja.. Banyak sangat benda baru yang menarik untuk diketahui. Nak tanya terus dengan orang yang tahu pun tak best jg, so bt background research dulu mana tak faham baru tanya.. Ye tak?
Put aside that, ni nak cerita pasal nak buat kek batik pula. Hari tu kawan tanya via FB camna nak buat kek batik dan tiba2 pula hari ni terbuka hati nak share dekat blog ni..
Bahan - bahan
3/4 cawan mentega / butter/ marjerin ( ikut suka hati )
1 cawan susu pekat
1cawan serbuk milo
3biji telur gred A
Biskut marie 1 pek ( yg biasa dijual dalam harga RM3 something @ supermarket )
Alluminium foil ( sebagai alas bekas )
Cara membuatnya :
1) Panaskan kuali , kemudian masukkan mentega.. Biarkan sehingga cair sepenuhnya.
2) Masukkan susu pekat perlahan2 kedalam kuali sambil dikacau perlahan. Kacau sehingga susu nampak sebati dengan mentega.
3) Masukkan milo sambil sambil sebatian dikacau untuk mengelakkan daripada milo berketul2.
4) kemudian tuang telur yg telah dihancurkan perlahan2 sambil mengacau bahan dengan cepat supaya telur sebati dengan bahan2 lain.
5) Seterusnya, masukkan biskut marie yg telah dipecahkn kedalam adunan tersebut dan kacau sebati. matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas yg dilapisi aluminium foil sedikit demi sedikit.
6) Mampatkan adunan tersebut untuk mengelakkan daripada kek hancur apabila dipotong. biarkan kek seketika sehingga agak sejuk dan simpan kedalam peti ais utk membolehkan kek tersebut mengeras.
7) Agak2 kek batik dah sejuk n keras, bolehlah dipotong dan di'ngap' utk sntapan perut.
Tips semasa membuat kek batik :
# adunan mestilah sentiasa dikacau sepanjang proses membuat kek batik .
# gunakan api sederhana kecil agar adunan x hangus n berkerak.
Put aside that, ni nak cerita pasal nak buat kek batik pula. Hari tu kawan tanya via FB camna nak buat kek batik dan tiba2 pula hari ni terbuka hati nak share dekat blog ni..
Bahan - bahan
3/4 cawan mentega / butter/ marjerin ( ikut suka hati )
1 cawan susu pekat
1cawan serbuk milo
3biji telur gred A
Biskut marie 1 pek ( yg biasa dijual dalam harga RM3 something @ supermarket )
Alluminium foil ( sebagai alas bekas )
Cara membuatnya :
1) Panaskan kuali , kemudian masukkan mentega.. Biarkan sehingga cair sepenuhnya.
2) Masukkan susu pekat perlahan2 kedalam kuali sambil dikacau perlahan. Kacau sehingga susu nampak sebati dengan mentega.
3) Masukkan milo sambil sambil sebatian dikacau untuk mengelakkan daripada milo berketul2.
4) kemudian tuang telur yg telah dihancurkan perlahan2 sambil mengacau bahan dengan cepat supaya telur sebati dengan bahan2 lain.
5) Seterusnya, masukkan biskut marie yg telah dipecahkn kedalam adunan tersebut dan kacau sebati. matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas yg dilapisi aluminium foil sedikit demi sedikit.
6) Mampatkan adunan tersebut untuk mengelakkan daripada kek hancur apabila dipotong. biarkan kek seketika sehingga agak sejuk dan simpan kedalam peti ais utk membolehkan kek tersebut mengeras.
7) Agak2 kek batik dah sejuk n keras, bolehlah dipotong dan di'ngap' utk sntapan perut.
Tips semasa membuat kek batik :
# adunan mestilah sentiasa dikacau sepanjang proses membuat kek batik .
# gunakan api sederhana kecil agar adunan x hangus n berkerak.
Langgan:
Catatan (Atom)