Perlahan buku biru yang bertulis ‘ JUST A
MEMOIR ‘ diambil dan dipandang dengan pandangan kosong. Di sudut kecil bahagian
bawah buku tersebut tertulis sebuah nama yang dirasakan cukup indah . kemudian
diselaknya muka surat pertama .
................
" Saya ini bijak bestari,
Sudikah menguji sediakah bertanding ,
Wahai saudari yang wajah berseri,
Jikalau kalah jangan menuding, "
"Bravo , bravo.Good job Zeen ," galakan dari Aizan menyebabkan wajah si gadis yg duduk menentang Zeen semakin merah.
" Speechless , huh ? " dengan riak Zeen menambah tahap panas Zahera.Perlahan kerusi di tolak ke belakang dengan tangannya ligat menyusun buku yang bertaburan di atas meja.
" kura kura dalam perahu , pura- pura tak tahu," Zahera membalas dengan tone suara kaku.Hilang moodnya mahu bertekak dengan dua ekor cicak kubing yang suka mengusiknya.
" Amboi, ringkasnya balasan.Harga tak padan dengan jualan tu ," jawab Aizan laju.Zeen sekadar ketawa , tahu yang Zahera malas membalas usikannya.Kepala diangkat dengan bangga.Hari dia berjaya lagi mengusik Zahera, gadis yang menjadi idamannya selama ini. Zahera lantas bangun, bersedia untuk keluar dari kelas. Zeen segera menahan .
"Apa pula ni ?" Zahera bertanya dengan wajah tidak puas hati. Zeen tersengih sambil merenung mata Zahera yang kelihatan berkaca- kaca. " Awak tak balas pantun saya lagi. so, saya tak nak bagi awak lalu. Muktamad ! " Mata zahera membulat kerana semakin geram.
" Kau ! "
"Aizan dan Zeen is cenggerik ,
Mulut bising tak boleh henti ,
Kalau tak cenggerik , agaknya katak ,
Mengacau orang tak pernah serik ,
Kalau jemur kat bawah matahari terik , harapnya boleh shutdown tak? ,
Tadi kata bijak, rasanya takde pula Era tanya betulkah dia cerdik ,"
Semua yang berada di kelas ketika itu terdiam dan pandangan mata tertuju ke arah satu tubuh yang duduk di tepi tingkap sedang matanya menghala keluar. Hanya sepi sesaat kemudian....
Hahahaha, kelas 5tulip terus riuh dengan ketawa dari semua pelajar yang berada dalam kelas tersebut..Zeen segera menarik muka dan terus ke meja manusia yang berpantun tadi.Jelas riak wajahnya menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadapnya .
"Hei,hei, apa ni? aku cakap dengan Era , yang kau dok menyampuk tu buat apa? Ada orang suruh ke? kata Zeen sambil duduk di meja namun langsung tidak mendapat reaksi. Dia terus memandang ke luar tanpa memperdulikan Zeen.
"Hello ? Hello? " Zeen melambai-lambaikan tangan ke muka nya.Dia kemudian memandang Zeen tepat ke mata dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan.
" Ya, anything i can do for you , dear? " ujarnya seolah-olah tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Zeen serta merta terdiam. Terus terlupa dengan apa yang hendak dikatakan.Terkedu kerana seingatnya dia tidak pernah berbalas pandangan dengan sesiapa gadis sebelum ini.This girl kan somehow................
" See, now you are the one yang speechless ," tegur gadis tersebut sambil tersenyum selamba menyebabkan Zeen tersedar ke alam nyata.Zeen cuba berkata-kata namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Bertambah kaku melihat si gadis memandangnya dengan kening terangkat, tertunggu -tunggu suaranya keluar.
Dia akhirnya berjalan pergi meninggalkan Zeen yang kelihatan masih khayal dengan entah apa .
......................................................................................
Pap !.Bahu Zeen ditepuk perlahan dari belakang menyebabkan Zeen tersentak .
" Kau okay ke tak ni? macam mabuk kepayang ja aku tengok ? " soalan yang keluar dari mulut Aizan menyedarkan Zeen yang dia masih duduk di meja si gadis yang menjawab pantunnya tadi..
"okey, "kedengaran lemah suaranya.. Aizan terus ketawa melihat gelagat kawannya yang seperti bingung..
" Are you sure you are fine ? " Zeen melihat Aizan dengan kening berkerut. Dia melihat Aizan yang tersengih macam kerang busuk dihadapannya.sepertinya.....
"what ?.. No,no,no..Aku okey la..jangan nak berangan nak sakat aku..aku tau apa maksud senyuman kau tu " kata Zeen cuba mengelak dari disakat Aizan. "Aku tak kata apa pun..Kau je yang buat-buat gelabah. ," ketawa Aizan semakin galak.
"Dahlah, jom balik. Melayan kau, sampai esok pun tak habis, " Zeen cuba menukar topik namun ketawa Aizan semakin kuat.
"Apa ? "
" are you in love ? "
" Hell , no."
"Yes, you do,"
Zeen tertawa melihat Aizan yang bersungguh-sungguh nak me-matchmakingkan dia dengan gadis tadi..Tidak cukup dengan tone suara, ekspresi wajahnya turut sama berubah menunjukkan keseriusannya itu..
" Let me tell you. young man. Come hell or high water pun. Zahera je yang aku nak pandang.So, the issue here is over.Full stop , " Aizan mengangkat tanda tidak berminat dengan jawapan Zeen tadi. Kalau itu yang dia mahu, terpulang la. Aku saja menyakat.
" Jomlah balik. Boring la nak sakat kau. Tak jadi ," ujar Aizan. Pantas rusuknya disiku zeen.
Hari pun terus berlalu,meninggalkan kenangan yang baru tercipta.

wow... part ni sy tertarik...good job...teruskan
BalasPadam