Sabtu, 31 Mac 2012

Cerita Akalili part 5..


Akalili menongkat dagu di meja belajar sambil merenung gambar famili. dia dengan senyuman manis, si Along yang memeluknya dengan senyuman nakal serta si ibu dan babah yang berseri wajah. Kerinduan tiba-tiba datang menjengah saat dia sudah hampir melupakan tragedi buruk itu. Air mata yang mula bergenang di hujung mata lantas diseka. Segera tangannya menarik laci meja, cuba menarik perhatiannya dari kisah lampau. Matanya pantas tertancap pada buku biru yang tersimpan kemas di laci.
Diambil dan perlahan diselak ke muka surat yang terakhir dibacanya.


...............................................


 Mai duduk melepak dengan Zahera di taman Sains sambil berbual kosong itu sementara menunggu masa kelas tambahan yang akan diadakan pada jam3 petang. Cerita punya cerita, ter’tiba’ la pula keluar topik tentang Aizan dan Zeen.

“ How are you doing with Aizan and Zeen ? “ sembang Zahera.

“ So so. It has been two months and i did great with Aizan. He’s  playfull person and talkative too. Compared to Zeen, he’s kind of serious guy. Haha , “ selamba Mai menjawab .

“ I see. You still new here yet you kinda popular among student so teachers, “

Mai lantas tergelak mendengar kata- kata Zahera. Apa la Era ni.

“ What popular la you. Im just being me. If we’re talking about popular it should be you. Mai tengok, banyak benar yang tangkap cinta dengan kau , “ merah muka Zahera bila diusik begitu.

“  Contoh paling senang, Zeen. Kalau tengok, macam angau benar dia dengan kau. Tak berminat ? “ pantas Mai mencucuk jarum. Peluang yang ada ni sayang kalau dilepas. Dipandang Zahera yang menunduk memandang tangannya yang dok sibuk mencabut rumput. Alahai Era, tangan tu aktif benar mencabut rumput. Botak  kang taman ni, kan ke nanti kena accused vandalisme pula.

“ Era nak study. Benda cinta couple ni bukannya real pun kalau time-time sekolah. Tak ke? Nanti ganggu study. Tak mahu la Era, “ malu-malu Zahera menjawab. Memang sah la gadis ayu terakhir.

“ Itukan pengalaman. Tak nak rasa ke? “ Mai semakin bersemangat bertanya. Sambil-sambil buka minda dan hati Zahera. Cheewah, jadi cupid gitu. Manalah tau esok-esok jadi hubungan diaorang. Aku juga yang gembira.

“ Its not that i wont. Its just no the right time , “ pandai Zahera menjawab. Mai mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju namun otaknya ligat mencari jalan untuk ‘membasuh ‘ Zahera.

“ Kau Mai. Takde boyfriend ke? “ tanya Zahera membalas.

Erk!

“Tengah mencari la ni ,” jawab Mai berseloroh.

“ Habis, Aizan dengan Zeen tu. Bukan calon ke ? “

Laa, aku pula yang kena sakat.

            “ Aizan tu nak buat calon? Biar betul. Haha , “ serentak itu meledak ketawa Mai. Dirasakan lucu kenyataan Zahera.

            “ Kenapa pula ? “  Zahera mengerutkan kening. Dia tidak nampak dimana kurangnya Aizan untuk jadi seorang teman lelaki.

            “Aizan tu nak buat teman lelaki. Dia tu elok nak buat kawan je.haha. pasal Zeen, diakan ada yang punya. Mai taknak kacau la, ‘ujar Mai sambil ketawa- ketawa. Di sebalik jawapan, terselit maksud yang tersirat. Zahera mendiamkan diri. Bukan dia tidak tahu perasaan   Zeen terhadapnya dia , cuma dia tidak tahu dan tidak mahu terluka,terganggu dan yang sewaktu dengannya. Dia masih ada  benda yang perlu ditumpukan selain daripada cinta remaja. Semua tu tak boleh pakai.

            “  Such a waste la Era, “

            “Waste kebendanya pula? “

            “ Yelah. Zeen kan good guy, “

Zahera melepaskan keluhan perlahan.

            “ Nak Era cakap berapa kali baru Mai faham apa yang Era cakapkan, “ kedengaran exhausted suara Zahera. Mai mengangkat bahu.

            “ Taklah. I do understand , “

            “  Then, I do appreciate if you not talking about this matter anymore Mai. You know that you make me getting bored and bored around you , “ suara Zahera meninggi. Berubah wajah Mai. Marah  benarkah Zahera tentang perkara itu.

            Hey, im just joking around la. Why the fuss. Kalau tak mahu dahlah, bukannya Mai paksa pun  couple dengan Zeen.Rileks Mai. Tarik nafas, hembus and tarik.

            “ Era, look here. Im sorry kalau kau terasa. Saya takde niat nak buat you sakit hati. Really sorry , “ ikhlas Mai meminta maaf. Zahera langung tidak berkutik dari tempat duduknya.

            “ Me too Mai. So sorry. Please dont take heart ,”
            “ Thanks, “

            “ Alright , got to go. Class will start in awhile. I go first , “  tanpa menunggu jawapan dari mulut Mai, Zahera terus meninggalkan Mai yang masih berfikir-fikir.

 “ Hey hey.
I have a pen, My pen is blue,
I have a friend, My friends is you ,”

Pap ! Bahu Mai ditepuk dari belakang, menarik Mai kembali semula ke realiti.  Mai bingung melihat Aizan yang tiba-tiba muncul dihadapannya. Hatinya menjadi serba salah melihat Zeen yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka.

            “ Kenapa ? “

            “ Kenapa apa?”

            “ Kenapa apa yang kenapa ? “

Aizan menepuk dahi. Allah, budak ni la. Cubit pipi tu karang baru nak sedar agaknya.

“ Kenapa ? “ Bulat mata Mai memandang Aizan yang menjegilkan mata kearahnya. Perang baru nak mula bila...

“ Hoi, tak nak masuk kelas ke ? kalau jumpa, tak gaduh tak boleh ke?“  Zeen menjerit geram kepada mereka berdua.  Serentak  Mai menjelirkan lidah kepada Aizan.

            “ Nasib baik ada penyelamat. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan , “ usai berkata, Mai terus berlari-lari anak  menuju ke kelas. Takut juga kalau cikgu Romzy dah masuk kelas.

            “ Amboi, bertuah punya manusia. Nanti balik karang, habis kau aku kenakan , “ Aizan membebel sepanjang menuju ke kelas. Tidak puas hati benar dengan sikap budak-budak Mai itu.

            “ Elok benarlah kau dengan Mai tu , “ mendatar suara Zeen.

            “ Lemah je. Benci benar ke kau dengan Mai tu? “

            “ Benci? I’ve been with her for two months, baru la ni hang tanya aku suka ke dak dengan dia tu ? “ meninggi tone suara Zeen. Geram dengan gaya tarik tali Aizan. Dia bukan bencikan Mai, dia Cuma tidak selesa bila terlalu rapat dengan perempuan. Namun,  itu dua bulan lalu. Thanks God to perangai lasak Mai, buat dia semakin menerima Mai sebagai geng baru. Iyelah kan, selama ni berdua dengan Aizan. Tiba-tiba pula bertambah geng baru. Perempuan pulak tu. Si Aizan ni pun satu. Punyalah banyak orang lain nak dibuat kawan, si Mai tu juga yang dipilihnya. Pernah ditanya Aizan dulu semasa mereka baru mula mengenali antara satu sama lain, dengan selambanya Aizan menjawab  “She need friends. Aku boleh buat dia as friend and my little sister. Plus, when she with us, takde la orang berani nak kacau dia dari kau , “. Memang kawan yang bertuah.

            “ Hey. Bila kau nak buat move dekat dia? “  bagai nak terjojol keluar biji mata Zeen mendengar soalan luar alam  Aizan.

            “ Salah tanya ke? “ Aizan buat-buat innocent.

            “ cakap pasal Zahera ke ? “ Zeen saja buat-buat bodoh. Aizan lantas tergelak.

            “ Mana tahu aku tanya pasal Zahera ? “ Aizan membalas sambil ketawa-ketawa. Dia tahu Zeen tahu bahawa siapa itu ialah Mai tapi dia saja ikut buat sketsa dengan Zeen. Tengok sampai mana bakatnya tu bawa dia dalam permainan yang dia cipta sendiri.

            “ Somehow , i feel yang Zahera playing hard to get . im not a perfect guy,but still im good enough to be a lady’s man. Dont you think so , “ tanya Zeen mendapatkan kepastian.

            “ I do believe yang you is a good guy, but instead of choosing Zahera to be your girl, kenapa tak nak pilih Mai yang dah sedia ada untuk kau , “  Aizan cuba memberikan jawapan yang mantap untuk soalan Zeen.
            “ Kau kan asyik Mai itu, Mai ini. Bla and bla and bla. Kenapa tak kau je yang buat Mai jadi you punya girl, “ tanpa sedar Zeen menjawab begitu.

            “ Sure you menyesal someday later, “
Haha.
“ Then why dont you prove to me first , “ cabaran pantas dijual.

“ Bukan idea yang baik la Zeen. You know, Mai is the best girl yang fits with you. No, no , no ,” dalam menolak, Aizan sempat membuat tawaran. Zeen tersenyum menang.

Mereka terus melangkah menuju ke kelas. Di kejauhan, kelihatan Mai sedang melambai kearah mereka dengan tangannya yang penuh dengan buku. Aizan segera membalas lambaian sambil tersenyum.

            “ Okay, tell me. Why Mai?  Kenapa? “

            “ Then tell me, why Zahera? “

Zeen hanya diam. Dia malas mahu  bertekak dengan Aizan kerana perempuan. Aizan sekadar senyum nipis dengan kemenangannya.
           


Selasa, 27 Mac 2012

Cerita Akalili Part 4


“ Hoi , mengelamun ,” bahu Akalili ditepuk dari belakang. Pantas kepala ditoleh kearah tuan punya tangan yang menepuk bahunya.

“ Apa ?“  tanya Akalili perlahan. Anna Sofea tersengih mengambil tempat duduk disebelah Akalili. Dipandang Akalili yang membuang pandang ke laut. Entah apa yang menarik tentang laut hinggakan  Akalili sampai terkadang ke malam duduk tercatuk di situ. Walau ditegur berulang kali, namun  tabiatnya yang satu itu nampaknya sukar dikikis.

“ Laut mungkin nampak cantik, tapi bau busuk. Tak suka , “ bagai terjojol keluar mata Akalili apabila mendengar komen dari mulut Anna Sofea.

“ Anna, kau ni kan, “

“ Apa ?”

“ Tengah sunset macam ni boleh kau keluar ayat macam tu. Orang baru nak feel ala-ala romantik gitu, “ jawab Akalili sambil membuat muka. Anna sofea tergelak mendengar  jawapan Akalili .

“ Dah la. Jom kita balik. Dah nak maghrib ni. Kau tau kan tempat ni keras, tambah lagi bila kita je ada kat sini , “ sakat anna Sofea. 

“ Kejaplah. Nak ambil angin petang dulu, “ balasnya malas. Dia kalau boleh , masih hendak duduk disitu sehingga hatinya puas. Anna sofea memandang Akalili pandangan semacam.

“ Petang kebendanya. Ni dah senja dah sayang oi. Banyak syaitan dok beriadah kat sini,” Akalili sekadar mengangkat bahu.

“ Ni mesti sebab  Haiqal tak? “  soal Anna Sofea serkap jarang. Akalili sekadar mengangkat bahu.

“ Tak lah. Manada , “ balas Akalili dengan nada mahu tidak mahu.

“ Dah tu ? “ tajam pandangan Anna sofea menuju kearah Akalili yang masih memandang laut. Bukan dia tidak tahu Akalili. Walaupun baru berkenalan dengan Akalili tahun lalu, dia sudah masak dengan sikap Akalili yang satu itu. Sikapnya yang suka menyimpan dalam hati itu kadang  merisaukan, takut suatu hari nanti dia tidak dapat mengawal emosinya dengan betul.

“ Tak ada apa Anna. Aka saja je nak ambil angin petang, dah lama benar tak duduk di sini,” Anna memandang wajah Akalili, cuba mencari dimana letak kebenaran pada kata- kata Akalili.

“ Macam betul je,” ada sindiran dalam ayat Anna. Akalili menjeling Anna Sofea sambil mengerutkan kening.

“ Dah lah. Jom balik dorm la. Tak tenang duduk bila ada tukang ganggu suasana, “ sindiran dibalas sindiran. Anna sekadar tersengih,tidak terasa. Memang begitulah cara mereka bergurau.

“ Anna , “

“ Kalau Aka cakap that my love will last forever, are you gonna believe it ? “ lambat – lambat ayat itu diucap Akalili. Anna sofea yang tadinya sudah bangun duduk kembali di sisi Akalili.

“  Its a matter of time Akalili. Im not saying that i believe bout your relationships, but i do believe  you yourself. Anna percaya yang  Aka try hard to be the one untuk dia, tapi in the end kena serahkan pada Yang Esa juga, “ panjang lebar syarahan Anna Sofea.

“ Kenapa tanya ? “

“ Just because. Kadang terasa nak give up, kadang terasa sayangnya nak lepaskan. We know each other for about 5years. Salah Akakah biarkan dia bebas di sana atau salah dia kah yang tidak kenal mana intan mana permata ? “  Akalili bercakap sendiri. Serentak itu, ketawa Anna Sofea meletus tanpa ditahan. Akalili memandang Anna dengan wajah blurrnya.

“ Too mushy. Meremang bulu roma la. Kata nak jadi macam Hlovate. Ni gaya apa kes ? “ Anna ketawa lagi. Akalili yang ini memang betullah Akalili.

“ Betullah. Tadi dok sibuk tanya masalah kita. Ni dah nak luahkan, dia pula sakan ketawa. Ingat kita anak patung ke nak buat macam macam takde perasaan, “

Sudah ! Anna sofea menggaru kepala yang tidak gatal. Nada suara Akalili yang mendatar itu, menyedarkan yang dia telah menyebabkan Akalili kecil hati.

                “ Kita tak sengaja la. Cara kau luahkan tu mushy sangat.  Tu yang buat tak tahan nak ketawa tu. Ala, sorry la Aka ,” Dalam sesaat, Anna sofea meminta maaf. Tahu keterlanjurannya itu perlu diperbetulkan dengan segera.

                “ Tau la. Takpe. Apa yang kau cakapkan tu ada betulnya juga. Im not used to that. Haha , “ jawab Akalili dengan suara yang sengaja diceriakan. Wajah bersalah Anna Sofea dipandangnya sebelum dilepaskan keluhan kecil. As expected, its not easy to share with people even the closest one when its comes to the deepest. Mungkin someday.

                “ Akalili.sorry. saya tak sengaja la. You know how much i love you, “ kedengarannya suara Anna semakin melurut. Takut kut-kut Akalili benar-benar kecil hati dengannya.
Hahaha, Akalili tertawa. Kali ini dengan ketawa yang ikhlas.

                “ Now , you’re the one yang mushy pula. Sama je macam along. Such a lovey dovey couple . uweek ! “  usai bercakap, Akalili bangun dan terus berlari meninggalkan Anna Sofea .

                “ Akalili Hanani. You are done ! “

                “ Tak takut, tak takut ,”

Haha..............

                 Dan  Akalili terus menyimpan rahsia hatinya.

Ahad, 25 Mac 2012

cara mudah nak buat kek batik

       Semenjak dua menjak ni sibuk online untuk buat reference ja.. Banyak sangat benda baru yang menarik untuk diketahui. Nak tanya terus dengan orang yang tahu pun tak best jg, so bt background research dulu mana tak faham baru tanya.. Ye tak?

        Put aside that, ni nak cerita pasal nak buat kek batik pula. Hari tu kawan tanya via FB camna nak buat kek batik dan  tiba2 pula hari ni terbuka hati nak share dekat blog ni..


Bahan - bahan  


3/4 cawan mentega / butter/ marjerin ( ikut suka hati )
1 cawan susu pekat
1cawan serbuk milo
3biji telur gred A 
Biskut marie 1 pek ( yg biasa dijual dalam harga RM3 something @ supermarket )
Alluminium foil  ( sebagai alas bekas )






Cara membuatnya :


1) Panaskan kuali , kemudian masukkan mentega.. Biarkan sehingga cair sepenuhnya.


2) Masukkan susu pekat perlahan2 kedalam kuali sambil dikacau perlahan. Kacau sehingga susu nampak sebati dengan mentega.


3) Masukkan milo sambil sambil sebatian dikacau untuk mengelakkan daripada milo berketul2.


4) kemudian tuang telur yg telah dihancurkan perlahan2 sambil mengacau bahan dengan cepat supaya telur sebati dengan bahan2 lain.


5) Seterusnya, masukkan biskut marie yg telah dipecahkn kedalam adunan tersebut dan kacau sebati. matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas yg dilapisi aluminium foil sedikit demi sedikit.


6) Mampatkan adunan tersebut untuk mengelakkan daripada kek hancur apabila dipotong. biarkan kek seketika sehingga agak sejuk dan simpan kedalam peti ais utk membolehkan kek tersebut mengeras.
 7) Agak2 kek batik dah sejuk n keras, bolehlah dipotong dan di'ngap' utk sntapan perut.






Tips semasa membuat kek batik :


# adunan mestilah sentiasa dikacau sepanjang proses membuat kek batik .


# gunakan api sederhana kecil agar adunan x hangus n berkerak.




Isnin, 13 Februari 2012

Cerita Akalili ( Part 3 )



“Hey ,” sapa Aizan kepada seorang gadis yang sedang duduk di pentas dewan dengan kaki yang berjuntai.

“ Hai , “ balas dia perlahan.

“ May i sit ? “ tanya Aizan  sopan. Standard  buaya boy masuk move. Dia sekadar mengangkat bahu, tanda tidak melarang dan tidak juga mengajak. Tanpa menunggu jawapan verbal , Aizan terus mengambil tempat di sebelah  gadis tersebut.

“ Hai, nama saya Aizan. Awak ni student yang hari tu dalam kelas 5 Tulip tu kan? “ Aizan membuka mukadimah. Dia melihat gadis tersebut sekadar mengangguk. Aizan dalam diam cuba menganalisa gadis yang berada disebelahnya.

“ Nama awak siapa? Kita tak kenal lagi ,” tanya Aizan. Dia menyembunyikan senyuman apabila nampak si gadis tersenyum. Namun soalannya tidak dijawab. Aizan berteka – teki sendiri. Nak dikata bisu, hari tu dengar pula suaranya. Ni ditanya tak menjawab pula. Nak minta diurat ke apa?

“ Awak ,” belumpun sempat Aizan menghabiskan ayatnya, si gadis sudah memintas.

 “  Lagi selesa kalau kita beraku kau je. Dengar macam kasar tapi itu kan cara kalau nak berkawan. Bersaya berawak macam, ergh. Buat meremang bulu roma ja, “ Aizan merenung wajahnya degan riak tidak percaya. Mati-mati diingatnya gadis yang berada di hadapannya itu jenis pemalu.

“ Saya Mai. Nice to know you, Aizan. Hope we can make a good friend relationship , “ rancak mulutnya berkata-kata.

“ Gembira kenal awak juga. Mind if i bring you somewhere? “ soal Aizan. Dia berkira- kira untuk mengenalkan Mai dengan Zeen.

“ Ohoo, cepatnya progress. Nak bawa kemana ? syurga atau neraka? “ serentak ketawa mereka pecah. Aizan sekadar menggelengkan kepala tidak percaya dengan perangai Mai yang nakal. Mungkin mereka boleh jadi partner yang cool.

“ Sebenarnya aku ada practice ni, “ kata Mai sambil membentuk muka dihadapan Aizan.
“ practice apa? Basketball ke? “ tanya Aizan yang clueless sambil memerhatikan seluruh dewan. Sana sini orang sibuk bermain.

“ Escape practice , “ balas  Mai sambil tersengih dan mengenyitkan sebelah mata. Dengan pantas dia melompat dan berlari ke pintu keluar sebelum sempat Aizan berkata apa-apa. Aizan hanya mampu memandang Mai yang berlari meninggalkan dia.

“ Hoi, angau ke apa? “ tiba-tiba bahu Aizan ditolak oleh belakang. Dia pantas tersedar dari lamunan.

              “ Apa, kenapa? “ tanya Aizan tiba- tiba.

“ Apa , kenapa apa pula? “ soal Zeen balik. Pelik melihat Aizan yang kelihatan bingung.

“ Dahlah , nah ambil roti ni. Kan kau yang minta tadi, “ Zeen menghulurkan sebungkus roti kearah Aizan.

“ Somehow, i feel fresh today. Thanks Zeen ,” Aizan menyambut huluran roti sambil tersenyum. Zeen memandang Aizan yang tiba-tiba ceria. Angau kut. Tapi dengan siapa? Seingat dia, Aizan bukan jenis yang mudah angau. Memanglah dia sering dikelilingi gadis tapi, gadis mana pula yang berjaya mengangaukan dia.

“ Hey, aku bukan angau la. Im just kinda happy jumpa kawan baru, “  kata Aizan selamba seolah-olah mengetahui apa yang berada dalam fikiran Zeen.

“ Mana kau la zan. Malas aku nak campur , “ sudahnya itu yang dibalas Zeen. Malas mahu memberatkan fikirannya dengan perubahan sikap sahabatnnya, Zeen bangun dari duduknya dan melakukan warming up sebelum bermain. Dia tidak mahu mengalami sebarang kecederaan semasa latihan nanti.

“ Nanti aku nak kenalkan kau dengan somebody,” tiba-tiba Aizan  bersuara sambil memandang Zeen dengan sengihan.

“ siapa? “

“Adalah, “

Zeen sekadar menjongketkan bahu dan terus menyambung excercise.



.................................



“ Mai , “

Mai berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Matanya meliar mencari siapa empunya suara yang memanggil namanya yang sweet itu. Dari jauh dia nampak Aizan sedang melambai tangan kearahnya sambil jalan beriringan dengan seorang teman lelaki di sisi.
“ Hei, what’s up. Ada masalah problem ke? “ tanya Mai sebaik Aizan dan Zeen sampai dihadapannya.

“ Jom kita jalan sama – sama. Kenalkan ni Zeen. Zeen ni Mai , “ Aizan segera memperkenalkan mereka. Zeen mengangkat tangannya dengan senyuman acuh tak acuh. Mai sekadar tersengih melihat telatah Zeen yang seolah-olah tidak berapa selesa dengannya.

“ Hai Zeen. Saya Mai. Nama panjang Maaaaiiiiii ,”

Gurauan Mai disambut dengan kerlingan Zeen namun hanya dibalas selamba oleh Mai. Mereka kemudiannya mula berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.

“Rileks la Zeen. Im not gonna harm you. Nothing to worry , “ tiba – tiba Mai bersuara sambil memandang Zeen yang berpura-pura tidak mendengar kata-katanya. Aizan hanya ketawa tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku.

“ There’s nothing to worry pun. You are nobody , “ kasarnya bahasa Zeen sekadar dibalas senyuman plastik Mai. Takkan masih marah kut gara-gara aku beli pantun dia hari tu. Hurm, interesting guy. Should i test him? Mai berteka teki sendiri tanpa peduli dengan Aizan yang sibuk membebel itu ini.

Sedang sibuk dia menimbang tara tentang apa yang hendak dilakukan, dia ternampak Zahera dari jauh. Tanpa sempat akalnya bersuara, tindakannya lebih mendahului.

“ Hai Era. Saya Mai. So sorry for the other day. Im no mean to interrupt you’ll, “ dia menegur Zahera dengan charm. Tangan dihulur sebagai mukadimah perkenalan. Zahera terdiam sesaat sebelum menyambut huluran dengan senyuman yang dihiasi lesung pipit di kedua belah pipinya. No wonder la si Zeen ni angau overdose dengan si Zahera. Memang sweet pun.

“ Thanks to you Mai. Kalau awak takde hari tu agaknya saya  dah jadi gulai dek dua ekor kubing tu,” jawab Zahera lembut.  Serentak ketawa mereka bergabung. Zeen dan Aizan sekadar memandang. Mai memandang Zeen dengan senyuman penuh maksud.

“ Boleh kita jalan sama? Era pun macam jalan sendiri je ,” Zahera mengangguk tanda setuju dengan pelawaan Mai.

“ Jomlah, “

Mai menarik tangan Mai sambil mengenyitkan mata kearah Aizan dan Mai. Dalam diam Mai merangka-rangka pelannya untuk memasangkan Zeen dan Zahera.