Selasa, 22 Mei 2012

Penatnya bekerja..

              EXHAUSTED ! Working with sick person is aint easy i tell you.. Memang la. nama lagi kerja. Mana ada yang mudah. Sedangkan tidur pun perlukan effort.

              Habis seminar tiga hari last last week, thx to dear sis for giving me two days off. Kiranya rahmat Allah lah tu ye dapat off dua hari.  I came to work with my smile and go back home with sigh.. Huhu.. Penatnya hanya Tuhan yang tau. I came to work 1330H and arrived home around 2230H. kerja sepanjang 7jam dengan kaki yang berjalan sekejap ke depan, sekejap ke belakang and tangan yang menarik, menolak dan memegang itu ini , betullah mencabar iman. 
           
            Masuk hari keempat, rasa exhausted tu memang betul2 terasa. Dengan last meal @ 8.30am, dan kerja syif petang, dealing with 11 admission and some chronic patient who needed a close obesrvation as the only JM with two staffnurses incharging for two front room makes me almost fainted. Berjalan macam diawangan , pandangan dah kabur2. Not taking rest and only drinking plain water how do i assumed my condition . Hoped yang the parents of the patients tak cakap yang this nurse are not paying attention to them. All i can do is come to them ,smile and saying sorry for lambat do what they wants. Thanks to them if they understands my situation, tapi kalau dalam hati menyumpah seranah secukupnya, nasiblah diri ini walaupun I tried my best. 

          Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku. Sejujurnya , im just ranting all this things to kurangkan my burden.Bukan niat nak melebih2 atau action nak bagitau kununnya kerja nurse ni sangat susah kalau nak compare dengan kerja orang lain tapi at least perasaaan letih tu dapat dikurang melalui menulis.

           Betullah letih , letih dengan kerja, tapi tak letih dengan senyuman and niat di hati yang nak diaorang sembuh cepat2 dicaj dari wad. Part tu memang ikhlas - seikhlasnya. Siapa yang tak happy kalau kalau tengok orang yang datang dengan lemahnya, dengan sakitnya, dengan rimasnya pulang dengan seri , senyuman dan ketawanya. Relatives happy, kitaorang lagi happy. 

         Lepas menulis  ni barulah ada rasa lega sikit. Nak Diceritakan dengan kawan yang lain pun, semuanya busy. So faham2 sendiri ja lah..

Hmm, taktau dah nak tulis apa..dah kurang2 beban perasaan ni bolehlah tidur dengan nyenyaknya... Nanti next time bila insomnia pula, boleh tulis entry baru.

Jumaat, 11 Mei 2012

Ada kes dera Lagi...

       Salam buat blog ku yang kiranya sudah ada beberapa hari tidak dikunjungi. Almaklumlah, tak tahu nak dipost cerita apa disamping agak2 sibuk dengan kerjaya seharian.

     Semenjak dua hari ni sibuk ikut seminar OSCC / SCAN.. Rasa terdera tu ada juga la sebab duduk seharian dengar talk sampai punggung naik kematu dah. Dalam rasa terdera tu sebenarnya ada rasa enjoy untuk menikmati ilmu yang baru tu ..Muahuhu.. Mungkin orang jarang dengar whats the meaning of OSCC. sebenarnya OSCC tu (terlupa nak ingat yang full. wlupun seminar tak habis lagi ) dalam erti yang ringkas membantu insan2 yang di abused secara sexually , physically and yang sewaktu dengannya..
     Ahha, dah ingat OSCC / SCAN stand for  ONE STOP CRISIS CENTER / SUSPECTED CHILD ABUSE AND NEGLECT.

      Nak di cerita banyak sebenarnya tapi tujuan utama hari ni membuat new entry adalah to sharing this short clips, dimana i saw this from the seminar. Try to find at youtube but there is no exactly the same so i ended up to make it roughly.






             Tak perlu cakap banyak pun.. bla bla itu and ini.. Just watch this video is more than enough to give us kesedaran tentang betapa pentingnya the prevention from child abuse dan yang sewaktu dengannya.

              Kalau nak cakap pasal HARAPAN, memanglah tinggi menggunung. Berharap yang lebih banyak kes dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk melindungi kanak2 yang innocent ni.. Well, cakap banyak sampai keluar anak tekak pun takde guna kalau orang tak mahu memandang serius tentang perkara ni..

anyways, malam dah larut sangat and i need my rest for now. 
Daaaa. and Assalam..

Selasa, 1 Mei 2012

Cerita Akalili....


Perlahan buku biru yang bertulis ‘ JUST A MEMOIR ‘ diambil dan dipandang dengan pandangan kosong. Di sudut kecil bahagian bawah buku tersebut tertulis sebuah nama yang dirasakan cukup indah . kemudian diselaknya muka surat pertama .

................


" Saya ini bijak bestari,
Sudikah menguji sediakah bertanding ,
Wahai saudari yang wajah berseri,
Jikalau kalah jangan menuding, "

"Bravo , bravo.Good job Zeen ," galakan dari Aizan menyebabkan wajah  si gadis yg duduk menentang Zeen semakin merah. 

" Speechless , huh ? " dengan riak Zeen menambah tahap panas Zahera.Perlahan kerusi di tolak ke belakang dengan tangannya ligat  menyusun buku yang bertaburan di atas meja. 
" kura kura dalam perahu , pura- pura tak tahu," Zahera membalas dengan tone suara kaku.Hilang moodnya mahu bertekak dengan dua ekor cicak kubing yang suka mengusiknya.

" Amboi, ringkasnya balasan.Harga tak padan dengan jualan tu ," jawab Aizan laju.Zeen sekadar ketawa , tahu yang Zahera malas membalas usikannya.Kepala diangkat dengan bangga.Hari dia berjaya lagi mengusik Zahera, gadis yang menjadi idamannya selama ini. Zahera lantas bangun, bersedia untuk keluar dari kelas. Zeen segera menahan .

"Apa pula ni ?" Zahera bertanya dengan wajah tidak puas hati. Zeen tersengih sambil merenung mata Zahera yang kelihatan berkaca- kaca. " Awak tak balas pantun saya lagi. so, saya tak nak bagi awak lalu. Muktamad ! " Mata zahera membulat kerana semakin geram. 
 " Kau ! "

"Aizan dan Zeen is cenggerik ,
Mulut bising tak boleh henti ,
Kalau tak cenggerik , agaknya katak ,
Mengacau orang tak pernah serik ,
Kalau jemur kat bawah matahari terik , harapnya boleh shutdown tak? ,
Tadi kata bijak, rasanya takde pula Era tanya betulkah dia cerdik ,"

Semua yang berada di kelas ketika itu terdiam dan pandangan mata tertuju ke arah satu tubuh yang duduk di tepi tingkap sedang matanya menghala keluar. Hanya sepi sesaat kemudian....

     Hahahaha, kelas 5tulip terus riuh dengan ketawa dari semua pelajar yang berada dalam kelas tersebut..Zeen segera menarik muka dan terus ke meja manusia yang berpantun tadi.Jelas riak wajahnya menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadapnya .

 "Hei,hei, apa ni? aku cakap dengan Era , yang kau dok menyampuk tu buat apa? Ada orang suruh ke? kata Zeen sambil duduk di meja namun langsung tidak mendapat reaksi. Dia terus memandang ke luar tanpa memperdulikan Zeen.

            "Hello ? Hello? " Zeen melambai-lambaikan tangan ke muka nya.Dia kemudian memandang Zeen tepat ke mata dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan.
" Ya, anything i can do for you , dear? " ujarnya seolah-olah tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Zeen serta merta terdiam. Terus terlupa dengan apa yang hendak dikatakan.Terkedu kerana seingatnya dia tidak pernah berbalas pandangan dengan sesiapa gadis sebelum ini.This girl kan somehow................

     " See, now you are the one yang speechless ," tegur gadis tersebut sambil  tersenyum selamba menyebabkan Zeen tersedar ke alam nyata.Zeen cuba berkata-kata namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Bertambah kaku melihat si gadis memandangnya dengan kening terangkat, tertunggu -tunggu suaranya keluar.

Dia akhirnya berjalan pergi meninggalkan Zeen yang kelihatan masih khayal dengan entah apa .

......................................................................................


       Pap !.Bahu Zeen ditepuk perlahan dari belakang menyebabkan Zeen tersentak .
" Kau okay ke tak ni? macam mabuk kepayang ja aku tengok ? " soalan yang keluar dari mulut Aizan menyedarkan Zeen yang dia masih duduk di meja si gadis yang  menjawab pantunnya tadi..

   "okey, "kedengaran lemah suaranya.. Aizan terus ketawa melihat gelagat kawannya yang seperti bingung..

" Are you sure you are fine ? " Zeen melihat Aizan dengan kening berkerut. Dia melihat Aizan yang tersengih macam kerang busuk dihadapannya.sepertinya.....

"what ?.. No,no,no..Aku okey la..jangan nak berangan nak sakat aku..aku tau apa maksud senyuman kau tu " kata Zeen cuba mengelak dari  disakat Aizan. "Aku tak kata apa pun..Kau je yang buat-buat gelabah. ," ketawa Aizan semakin galak.

"Dahlah, jom balik. Melayan kau, sampai esok pun tak habis, " Zeen cuba menukar topik namun ketawa  Aizan semakin kuat.

 "Apa ? "
" are you in love ? "
" Hell , no."
"Yes, you do,"
Zeen tertawa melihat Aizan yang bersungguh-sungguh nak me-matchmakingkan dia dengan gadis tadi..Tidak cukup dengan tone suara, ekspresi wajahnya turut sama berubah menunjukkan keseriusannya itu..

" Let me tell you. young man. Come hell or high water pun. Zahera je yang aku nak pandang.So, the issue here is over.Full stop , " Aizan mengangkat tanda tidak berminat dengan jawapan Zeen tadi. Kalau itu yang dia mahu, terpulang la. Aku saja menyakat.

" Jomlah balik. Boring la nak sakat kau. Tak jadi  ," ujar Aizan. Pantas rusuknya disiku zeen.

Hari pun terus berlalu,meninggalkan kenangan yang baru tercipta.