Semenjak dua menjak ni sibuk online untuk buat reference ja.. Banyak sangat benda baru yang menarik untuk diketahui. Nak tanya terus dengan orang yang tahu pun tak best jg, so bt background research dulu mana tak faham baru tanya.. Ye tak?
Put aside that, ni nak cerita pasal nak buat kek batik pula. Hari tu kawan tanya via FB camna nak buat kek batik dan tiba2 pula hari ni terbuka hati nak share dekat blog ni..
Bahan - bahan
3/4 cawan mentega / butter/ marjerin ( ikut suka hati )
1 cawan susu pekat
1cawan serbuk milo
3biji telur gred A
Biskut marie 1 pek ( yg biasa dijual dalam harga RM3 something @ supermarket )
Alluminium foil ( sebagai alas bekas )
Cara membuatnya :
1) Panaskan kuali , kemudian masukkan mentega.. Biarkan sehingga cair sepenuhnya.
2) Masukkan susu pekat perlahan2 kedalam kuali sambil dikacau perlahan. Kacau sehingga susu nampak sebati dengan mentega.
3) Masukkan milo sambil sambil sebatian dikacau untuk mengelakkan daripada milo berketul2.
4) kemudian tuang telur yg telah dihancurkan perlahan2 sambil mengacau bahan dengan cepat supaya telur sebati dengan bahan2 lain.
5) Seterusnya, masukkan biskut marie yg telah dipecahkn kedalam adunan tersebut dan kacau sebati. matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas yg dilapisi aluminium foil sedikit demi sedikit.
6) Mampatkan adunan tersebut untuk mengelakkan daripada kek hancur apabila dipotong. biarkan kek seketika sehingga agak sejuk dan simpan kedalam peti ais utk membolehkan kek tersebut mengeras.
7) Agak2 kek batik dah sejuk n keras, bolehlah dipotong dan di'ngap' utk sntapan perut.
Tips semasa membuat kek batik :
# adunan mestilah sentiasa dikacau sepanjang proses membuat kek batik .
# gunakan api sederhana kecil agar adunan x hangus n berkerak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan