Selasa, 27 Mac 2012

Cerita Akalili Part 4


“ Hoi , mengelamun ,” bahu Akalili ditepuk dari belakang. Pantas kepala ditoleh kearah tuan punya tangan yang menepuk bahunya.

“ Apa ?“  tanya Akalili perlahan. Anna Sofea tersengih mengambil tempat duduk disebelah Akalili. Dipandang Akalili yang membuang pandang ke laut. Entah apa yang menarik tentang laut hinggakan  Akalili sampai terkadang ke malam duduk tercatuk di situ. Walau ditegur berulang kali, namun  tabiatnya yang satu itu nampaknya sukar dikikis.

“ Laut mungkin nampak cantik, tapi bau busuk. Tak suka , “ bagai terjojol keluar mata Akalili apabila mendengar komen dari mulut Anna Sofea.

“ Anna, kau ni kan, “

“ Apa ?”

“ Tengah sunset macam ni boleh kau keluar ayat macam tu. Orang baru nak feel ala-ala romantik gitu, “ jawab Akalili sambil membuat muka. Anna sofea tergelak mendengar  jawapan Akalili .

“ Dah la. Jom kita balik. Dah nak maghrib ni. Kau tau kan tempat ni keras, tambah lagi bila kita je ada kat sini , “ sakat anna Sofea. 

“ Kejaplah. Nak ambil angin petang dulu, “ balasnya malas. Dia kalau boleh , masih hendak duduk disitu sehingga hatinya puas. Anna sofea memandang Akalili pandangan semacam.

“ Petang kebendanya. Ni dah senja dah sayang oi. Banyak syaitan dok beriadah kat sini,” Akalili sekadar mengangkat bahu.

“ Ni mesti sebab  Haiqal tak? “  soal Anna Sofea serkap jarang. Akalili sekadar mengangkat bahu.

“ Tak lah. Manada , “ balas Akalili dengan nada mahu tidak mahu.

“ Dah tu ? “ tajam pandangan Anna sofea menuju kearah Akalili yang masih memandang laut. Bukan dia tidak tahu Akalili. Walaupun baru berkenalan dengan Akalili tahun lalu, dia sudah masak dengan sikap Akalili yang satu itu. Sikapnya yang suka menyimpan dalam hati itu kadang  merisaukan, takut suatu hari nanti dia tidak dapat mengawal emosinya dengan betul.

“ Tak ada apa Anna. Aka saja je nak ambil angin petang, dah lama benar tak duduk di sini,” Anna memandang wajah Akalili, cuba mencari dimana letak kebenaran pada kata- kata Akalili.

“ Macam betul je,” ada sindiran dalam ayat Anna. Akalili menjeling Anna Sofea sambil mengerutkan kening.

“ Dah lah. Jom balik dorm la. Tak tenang duduk bila ada tukang ganggu suasana, “ sindiran dibalas sindiran. Anna sekadar tersengih,tidak terasa. Memang begitulah cara mereka bergurau.

“ Anna , “

“ Kalau Aka cakap that my love will last forever, are you gonna believe it ? “ lambat – lambat ayat itu diucap Akalili. Anna sofea yang tadinya sudah bangun duduk kembali di sisi Akalili.

“  Its a matter of time Akalili. Im not saying that i believe bout your relationships, but i do believe  you yourself. Anna percaya yang  Aka try hard to be the one untuk dia, tapi in the end kena serahkan pada Yang Esa juga, “ panjang lebar syarahan Anna Sofea.

“ Kenapa tanya ? “

“ Just because. Kadang terasa nak give up, kadang terasa sayangnya nak lepaskan. We know each other for about 5years. Salah Akakah biarkan dia bebas di sana atau salah dia kah yang tidak kenal mana intan mana permata ? “  Akalili bercakap sendiri. Serentak itu, ketawa Anna Sofea meletus tanpa ditahan. Akalili memandang Anna dengan wajah blurrnya.

“ Too mushy. Meremang bulu roma la. Kata nak jadi macam Hlovate. Ni gaya apa kes ? “ Anna ketawa lagi. Akalili yang ini memang betullah Akalili.

“ Betullah. Tadi dok sibuk tanya masalah kita. Ni dah nak luahkan, dia pula sakan ketawa. Ingat kita anak patung ke nak buat macam macam takde perasaan, “

Sudah ! Anna sofea menggaru kepala yang tidak gatal. Nada suara Akalili yang mendatar itu, menyedarkan yang dia telah menyebabkan Akalili kecil hati.

                “ Kita tak sengaja la. Cara kau luahkan tu mushy sangat.  Tu yang buat tak tahan nak ketawa tu. Ala, sorry la Aka ,” Dalam sesaat, Anna sofea meminta maaf. Tahu keterlanjurannya itu perlu diperbetulkan dengan segera.

                “ Tau la. Takpe. Apa yang kau cakapkan tu ada betulnya juga. Im not used to that. Haha , “ jawab Akalili dengan suara yang sengaja diceriakan. Wajah bersalah Anna Sofea dipandangnya sebelum dilepaskan keluhan kecil. As expected, its not easy to share with people even the closest one when its comes to the deepest. Mungkin someday.

                “ Akalili.sorry. saya tak sengaja la. You know how much i love you, “ kedengarannya suara Anna semakin melurut. Takut kut-kut Akalili benar-benar kecil hati dengannya.
Hahaha, Akalili tertawa. Kali ini dengan ketawa yang ikhlas.

                “ Now , you’re the one yang mushy pula. Sama je macam along. Such a lovey dovey couple . uweek ! “  usai bercakap, Akalili bangun dan terus berlari meninggalkan Anna Sofea .

                “ Akalili Hanani. You are done ! “

                “ Tak takut, tak takut ,”

Haha..............

                 Dan  Akalili terus menyimpan rahsia hatinya.

Ahad, 25 Mac 2012

cara mudah nak buat kek batik

       Semenjak dua menjak ni sibuk online untuk buat reference ja.. Banyak sangat benda baru yang menarik untuk diketahui. Nak tanya terus dengan orang yang tahu pun tak best jg, so bt background research dulu mana tak faham baru tanya.. Ye tak?

        Put aside that, ni nak cerita pasal nak buat kek batik pula. Hari tu kawan tanya via FB camna nak buat kek batik dan  tiba2 pula hari ni terbuka hati nak share dekat blog ni..


Bahan - bahan  


3/4 cawan mentega / butter/ marjerin ( ikut suka hati )
1 cawan susu pekat
1cawan serbuk milo
3biji telur gred A 
Biskut marie 1 pek ( yg biasa dijual dalam harga RM3 something @ supermarket )
Alluminium foil  ( sebagai alas bekas )






Cara membuatnya :


1) Panaskan kuali , kemudian masukkan mentega.. Biarkan sehingga cair sepenuhnya.


2) Masukkan susu pekat perlahan2 kedalam kuali sambil dikacau perlahan. Kacau sehingga susu nampak sebati dengan mentega.


3) Masukkan milo sambil sambil sebatian dikacau untuk mengelakkan daripada milo berketul2.


4) kemudian tuang telur yg telah dihancurkan perlahan2 sambil mengacau bahan dengan cepat supaya telur sebati dengan bahan2 lain.


5) Seterusnya, masukkan biskut marie yg telah dipecahkn kedalam adunan tersebut dan kacau sebati. matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas yg dilapisi aluminium foil sedikit demi sedikit.


6) Mampatkan adunan tersebut untuk mengelakkan daripada kek hancur apabila dipotong. biarkan kek seketika sehingga agak sejuk dan simpan kedalam peti ais utk membolehkan kek tersebut mengeras.
 7) Agak2 kek batik dah sejuk n keras, bolehlah dipotong dan di'ngap' utk sntapan perut.






Tips semasa membuat kek batik :


# adunan mestilah sentiasa dikacau sepanjang proses membuat kek batik .


# gunakan api sederhana kecil agar adunan x hangus n berkerak.




Isnin, 13 Februari 2012

Cerita Akalili ( Part 3 )



“Hey ,” sapa Aizan kepada seorang gadis yang sedang duduk di pentas dewan dengan kaki yang berjuntai.

“ Hai , “ balas dia perlahan.

“ May i sit ? “ tanya Aizan  sopan. Standard  buaya boy masuk move. Dia sekadar mengangkat bahu, tanda tidak melarang dan tidak juga mengajak. Tanpa menunggu jawapan verbal , Aizan terus mengambil tempat di sebelah  gadis tersebut.

“ Hai, nama saya Aizan. Awak ni student yang hari tu dalam kelas 5 Tulip tu kan? “ Aizan membuka mukadimah. Dia melihat gadis tersebut sekadar mengangguk. Aizan dalam diam cuba menganalisa gadis yang berada disebelahnya.

“ Nama awak siapa? Kita tak kenal lagi ,” tanya Aizan. Dia menyembunyikan senyuman apabila nampak si gadis tersenyum. Namun soalannya tidak dijawab. Aizan berteka – teki sendiri. Nak dikata bisu, hari tu dengar pula suaranya. Ni ditanya tak menjawab pula. Nak minta diurat ke apa?

“ Awak ,” belumpun sempat Aizan menghabiskan ayatnya, si gadis sudah memintas.

 “  Lagi selesa kalau kita beraku kau je. Dengar macam kasar tapi itu kan cara kalau nak berkawan. Bersaya berawak macam, ergh. Buat meremang bulu roma ja, “ Aizan merenung wajahnya degan riak tidak percaya. Mati-mati diingatnya gadis yang berada di hadapannya itu jenis pemalu.

“ Saya Mai. Nice to know you, Aizan. Hope we can make a good friend relationship , “ rancak mulutnya berkata-kata.

“ Gembira kenal awak juga. Mind if i bring you somewhere? “ soal Aizan. Dia berkira- kira untuk mengenalkan Mai dengan Zeen.

“ Ohoo, cepatnya progress. Nak bawa kemana ? syurga atau neraka? “ serentak ketawa mereka pecah. Aizan sekadar menggelengkan kepala tidak percaya dengan perangai Mai yang nakal. Mungkin mereka boleh jadi partner yang cool.

“ Sebenarnya aku ada practice ni, “ kata Mai sambil membentuk muka dihadapan Aizan.
“ practice apa? Basketball ke? “ tanya Aizan yang clueless sambil memerhatikan seluruh dewan. Sana sini orang sibuk bermain.

“ Escape practice , “ balas  Mai sambil tersengih dan mengenyitkan sebelah mata. Dengan pantas dia melompat dan berlari ke pintu keluar sebelum sempat Aizan berkata apa-apa. Aizan hanya mampu memandang Mai yang berlari meninggalkan dia.

“ Hoi, angau ke apa? “ tiba-tiba bahu Aizan ditolak oleh belakang. Dia pantas tersedar dari lamunan.

              “ Apa, kenapa? “ tanya Aizan tiba- tiba.

“ Apa , kenapa apa pula? “ soal Zeen balik. Pelik melihat Aizan yang kelihatan bingung.

“ Dahlah , nah ambil roti ni. Kan kau yang minta tadi, “ Zeen menghulurkan sebungkus roti kearah Aizan.

“ Somehow, i feel fresh today. Thanks Zeen ,” Aizan menyambut huluran roti sambil tersenyum. Zeen memandang Aizan yang tiba-tiba ceria. Angau kut. Tapi dengan siapa? Seingat dia, Aizan bukan jenis yang mudah angau. Memanglah dia sering dikelilingi gadis tapi, gadis mana pula yang berjaya mengangaukan dia.

“ Hey, aku bukan angau la. Im just kinda happy jumpa kawan baru, “  kata Aizan selamba seolah-olah mengetahui apa yang berada dalam fikiran Zeen.

“ Mana kau la zan. Malas aku nak campur , “ sudahnya itu yang dibalas Zeen. Malas mahu memberatkan fikirannya dengan perubahan sikap sahabatnnya, Zeen bangun dari duduknya dan melakukan warming up sebelum bermain. Dia tidak mahu mengalami sebarang kecederaan semasa latihan nanti.

“ Nanti aku nak kenalkan kau dengan somebody,” tiba-tiba Aizan  bersuara sambil memandang Zeen dengan sengihan.

“ siapa? “

“Adalah, “

Zeen sekadar menjongketkan bahu dan terus menyambung excercise.



.................................



“ Mai , “

Mai berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Matanya meliar mencari siapa empunya suara yang memanggil namanya yang sweet itu. Dari jauh dia nampak Aizan sedang melambai tangan kearahnya sambil jalan beriringan dengan seorang teman lelaki di sisi.
“ Hei, what’s up. Ada masalah problem ke? “ tanya Mai sebaik Aizan dan Zeen sampai dihadapannya.

“ Jom kita jalan sama – sama. Kenalkan ni Zeen. Zeen ni Mai , “ Aizan segera memperkenalkan mereka. Zeen mengangkat tangannya dengan senyuman acuh tak acuh. Mai sekadar tersengih melihat telatah Zeen yang seolah-olah tidak berapa selesa dengannya.

“ Hai Zeen. Saya Mai. Nama panjang Maaaaiiiiii ,”

Gurauan Mai disambut dengan kerlingan Zeen namun hanya dibalas selamba oleh Mai. Mereka kemudiannya mula berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.

“Rileks la Zeen. Im not gonna harm you. Nothing to worry , “ tiba – tiba Mai bersuara sambil memandang Zeen yang berpura-pura tidak mendengar kata-katanya. Aizan hanya ketawa tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku.

“ There’s nothing to worry pun. You are nobody , “ kasarnya bahasa Zeen sekadar dibalas senyuman plastik Mai. Takkan masih marah kut gara-gara aku beli pantun dia hari tu. Hurm, interesting guy. Should i test him? Mai berteka teki sendiri tanpa peduli dengan Aizan yang sibuk membebel itu ini.

Sedang sibuk dia menimbang tara tentang apa yang hendak dilakukan, dia ternampak Zahera dari jauh. Tanpa sempat akalnya bersuara, tindakannya lebih mendahului.

“ Hai Era. Saya Mai. So sorry for the other day. Im no mean to interrupt you’ll, “ dia menegur Zahera dengan charm. Tangan dihulur sebagai mukadimah perkenalan. Zahera terdiam sesaat sebelum menyambut huluran dengan senyuman yang dihiasi lesung pipit di kedua belah pipinya. No wonder la si Zeen ni angau overdose dengan si Zahera. Memang sweet pun.

“ Thanks to you Mai. Kalau awak takde hari tu agaknya saya  dah jadi gulai dek dua ekor kubing tu,” jawab Zahera lembut.  Serentak ketawa mereka bergabung. Zeen dan Aizan sekadar memandang. Mai memandang Zeen dengan senyuman penuh maksud.

“ Boleh kita jalan sama? Era pun macam jalan sendiri je ,” Zahera mengangguk tanda setuju dengan pelawaan Mai.

“ Jomlah, “

Mai menarik tangan Mai sambil mengenyitkan mata kearah Aizan dan Mai. Dalam diam Mai merangka-rangka pelannya untuk memasangkan Zeen dan Zahera.




Rabu, 1 Februari 2012

Cerita Akalili ( part 2)


Suffikry melangkah pantas menuju kearah  seorang  gadis yang duduk berseorangan menghadap padang bola yang menghijau. Dia hanya menggelengkan kepala melihat gadis itu yang termenung sambil memegang buku biru . Perlahan disentuh lembut bahunya sebelum melabuhkan punggung disebelah gadis tersebut.

“ Assalamualaikum wahai saudariku.  Termenung dengan buku in your hand is not a good sign i guess. What’s up baby ? “ tanya suffikry perlahan. Melihat gadis dihadapannya kadang –kala menimbulkan perasaan kasihan dalam dirinya terutama apabila melihat dia diam dan termenung.

“ Akalili Hanani. Are you there ? “

Serentak  itu Akalili menjeling kearah suffikry lalu menjelirkan lidah. Suffikry mengangkat kening cuba memprovok Akalili.

“ what ? “  seraya itu Akalili bersuara. Suffikry sekadar mengangkat bahunya berpura – pura tidak tahu.Akalili mengecilkan matanya , cuba mengesan maksud tersirat dari Suffikry.

“ Okay. Buat apa sini ?” soal Akalili dalam nada malas. Dipandang dada langit yang semakin merah . nampaknya senja sedang berlabuh.

“ Aik , tanya pula dia. Ni datang nak jemput tuan puteri  pulang rumah la. Ingatkan tadi dah sesat kat ceruk mana dah, “ suffikry mula menyakat Akalili. Akalili melepaskan keluhan kecil. Perlahan tangannya mengemaskan buku ke dalam begnya.

“ Nak jemput konon. Bukan datang nak kacau aka ke? Abang ni bukan boleh percaya sangat pun , “ Akalili membalas usikan suffikri dengan usikan.

“ Amboi, nak derhaka dengan abang ya ? “

Besar mata suffikri memandang Akalili. Berusaha untuk menakutkan akalili  namun tindakannya hanya mengundang tawa Akalili.

“ Macam pontianak je bunyi ketawa aka tu. Ada bakat nampaknya jadi apperentice mak lampir. Hahaha  , “  Suffikri semakin galak menyakat akalili. Akalili terus menolak bahu Suffikri tanda tidak puas hati.

Akalili kemudian  melarikan semula pandanganya  kearah padang. Mencari sesuatu yang entah. Mungkin untuk menenangkan hati. Suffikry sekadar diam melihat telatah Akalili. Sedari kecil , Akalili sering berkelakuan begitu apabila ada yang mengganggu dirinya.

“ Ada masalah kat kolej ke? ‘ tanya Suffikry memecahkan sepi antara mereka.Dia memandang setiap sudut wajah Akalili untuk mencari jawapn namun gagal.

“ Huh , masalah apa? “ tanya Akallili balik kepada suffikry..Dia mengerutkan kening , berpura- pura cuba mengingati setiap hal yang berlaku di kolej.

 “Rasanya takde masalah apapun. Kalau pun ada bukannya masalah besar sangat. Aka  boleh handle. Not a big deal pun ,” sambung Akalili. Dia sudah besar dan boleh menguruskan dirinya sendiri. Setiap masalah yang berlaku pun, dia akan berusaha untuk menyelesaikan tanpa menyusahkan orang lain. Itu prinsip yang dipegangnya sejak dari zaman kanak-kanak.

“Hmmmm. “
“ Betullah , aka tak tipu. Aka takde masalah , “ ujar Akalili  bersungguh-sungguh meyakinkan suffikry. Namun yang timbul hanyalah senyuman nipis dari bibir Suffikry. Keluhan dilepaskan perlahan.

“ Well. Abang tak kata apa pun. Kalau betul takde masalah baguslah. Kalau ada pun , abang tak paksa Aka untuk cerita dengan abang. Aka kan dah besar, dah boleh fikir mana betul yang mana salah. Tapi Aka kena ingat, sekuat sehebat mana pun Aka nak tanggung sendiri masalah aka tu, kena ada hadnya. Kena ada masanya Aka perlu spill juga dengan orang lain . Too much stress is not good for your mental and physical health , “ panjang lebar  Suffikri berceramah. Akalili sekadar menganggukkan kepalanya. Betul tu.

“  So? “
Akalili mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke mata Suffikri.

“ Akalili takde masalah besarlah abang.Aka duduk sini saja nak duduk fikir-fikir sambil menikmati keindahan ciptaan Allah , “ jawapan Akalili masih sama. Perangai keras kepalanya masih tidak berubah.

             “ You comes with a great answer with your super confident act. Hmm, like it ,”Suffikry masih cuba memprovok Akalili. Akalili hanya ketawa mendengar kata- kata suffikry.

            “ Aka kenal diri Aka,”

 “ Okay, itu terpulang pada Akalili. Kalau rasa –rasa macam ada nak  spill apa-apa. Im here for you my baby , “ balas suffikry serius menyebabkan Akalili tertawa.

“ Apa la abang ni. Asyik panggil Aka ni baby. Nanti orang dengar apa pula orang kata ,”  marah Akalili.

“Diaorang nak kata apa, kata la. Memang Aka ni my sweet baby girl. Since you are 5 , “ jawab Suffikry sambil tergelak kecil.

“ yelah - yelah.. malas nak gaduh dengan abang..buat penat aka je, “  Akalili akhirnya mengalah. Dia tahu dia tak akan pernah menang kalau bab sakat menyakat, terutama apabila bersama suffikry. Kata-kata Akalili menyebabkan ketawa Suffikry semakin kuat.

“ Jom balik. Malas  Aka nak duduk sini lama-lama. Aka ni dahlah anemia,kang tak pasal-pasal kena tahan wad untuk tambah darah gara-gara encik nyamuk ni ,” Akilili bangun dari duduknya sambil membebel. Tangannya sibuk menampar nyamuk yang hinggap dilengannya.

“ Abang, cepatlah. Nyamuk banyak ni, “ Akalili semakin menggesa. Namun, tiada reaksi dari Suffikry. Geram dengan suffikry yang sengaja mempermainkannya , Akalili terus meninggalkan Suffikry tanpa mengajak pulang untuk kali kedua.

Suffikry memandang Akalili yang semakin jauh meninggalkannya dibelakang. Akalili Hanani,sifatnya masih sama seperti sepuluh tahun yang lalu. Perasaannya sukar ditafsir,perangainya sukar diduga. Dialah Akalili hasil kasih sayang dua insan. Dialah Hanani yang lahir untuk menerima dugaan yang maha hebat dari Yang Maha Kuasa .
“ Abang ! “

Jeritan Akalili yang kedengaran sayup di telinga segera menyedarkan dari lamunan panjang.  Dia segera bangun apabila melihat Akalili bercekak pinggang nun disana. Perlahan langkahnya di atur menuju kearah  Akalili. Dilihat , dada langit semakin merah. Lembayung senja yang cantik, subhanallah. Kemudian dipandang semula Akalili yang turut sama memandang ke langit.

May ALLAH bless us all, bisiknya dalam hati.


.......................................................................................






Akalili duduk di birai katil sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Sekilas matanya memandang buku tebal berkulit biru itu diatas meja belajar sebelum membuang pandang ke luar. Keluhan kecil dilepas perlahan. Diambil buku biru itu sambil mengenang kembali perbualan diantara dia dan Anna sofea , teman sebiliknya di kolej.

            “ Eh, buku siapa tertinggal ni. Aka, buku kau ke ? “ tanya Anna sofea kepada Akalili yang tengah sakan  mengemas almari bajunya.

“ Huh , buku apa? “

Akalili mengangkat kepala memandang buku yang berada di tangan Anna sofea. Kemudian dipandang wajah Anna sofea.

“ Mana la aku tau Aka oi. Ni kan buku kau. Ni ha, bersimpan dalam laci ni ha . “ balas Anna sofea sambil memuncungkan mulut kearah laci katilnya. Akalili mengerutkan keningnya cuba mengingat jika dia punya buku  berkulit biru. Betul, tiada !

“ Awat hang buat gaya lagu tu ? ” Anna Sofea pelik melihat gaya  Akalili yang mengerutkan keningnya sambil memandang ke siling bilik.

“ Aku tak pernah ada buku macam tu la Anna. Agak tak agak, mungkin buku senior yang dah graduate tak ? “ Akalili menjawab serkap jarang. Anna  sofea membulatkan matanya.

“ Bak sini buku tu. Bagi aku tengok , “ pinta Akalili.

“ Aka, kut ye pun nak tahu siapa tuan punya buku tu, tak payahlah pandang sampai nak tercabut mata tu dari soket , “ Anna sofea mengusik Akalili yang langsung diam tidak berkutik langsung dari memandang buku tersebut.

“ Nuri Akalea. Kau kenal ? “ tanya Akalia tiba- tiba.

“ Siapa? “

“ Nuri Akalea. Kau kenal tak siapa-siapa dengan nama tu? “

Anna sofea sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.       “ Aku ingatkan buku kau tadi. Sebab ada nama tu. Manalah tau kut-kut nama pena kau ,” jawab Anna sofea sambil tergelak.

“ Apa yang buat kau fikir begitu ? “

“ Nuri Akalea dengan Akalili Hanani. Tak ke sikit lebih kurang nama tu. Kau kan suka sangat menulis. Aku ingatkan buku hasil karya kau ke ,diari ke. Tu aku tanya kau,sebab kut kau misplaced barang kau. Tu je ,”

Akalili sekadar menganggukkan kepalanya. Begitu rupanya. Macam interesting book  je.
“ Aku nak simpan la. Kalau ada orang cari ,” Akalili terdiam seketika. “ Rasanya takde kut orang cari. Lagipun buku ni dah nampak lama sangat, “ sambungnya semula.

Anna  sofea sekadar menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Akalili yang tiba-tiba excited.

“ kepala kalau tak betul, macam tulah , “ usai berkata, Anna sofea ketawa. Seronok mengenakan Akalili yang dikenalinya sejak dari sekolah menengah.

“ Kau, aku baling dengan bantal baru tahu ,” ugut Akalili sambil tangannya sibuk mencari bantal. Gelak Anna sofea bertambah kuat.

“ Aku sure kau tak buat punya. Kau kan sayang aku , “ Kata-kata Anna sofea menyebabkan Akalili turut sama ketawa.

“ Kau kan Anna, tak boleh dilayan lebih-lebih. Makin dilayan makin menjadi. Aku yang siuman ni pun boleh jadi tak siuman oleh kau. Baiklah aku mandi, dari melayan kau ni. Ada juga faedahnya ,” Akalili meng’smash’ Anna sofea  menyebabkan gelak Anna sofea semakin menjadi-jadi.

         “Yalah Aka, baiklah kau mandi sebelum kau jadi tak siuman, “ balas bersahaja sambil berjalan perlahan kearah Akalili  dan menyentap tuala mandi yang membaluti tubuh Akalili sebelum laju keluar dari bilik untuk menyelamatkan diri .

“ ANNA SOFEA !!! “

Kedengaran suara ketawa Anna sofea memenuhi sepanjang lorong asrama kediaman mereka.

................                                             

            Ketukan dipintu yang bertalu-talu menyedarkan semula Akalili dimana dia berada. Istighfar diucap perlahan.

“ Aka , ibu panggil makan. Cepatlah. Kalau tak, nanti habis abang makan , “ jerit Suffikry dari luar bilik Akalili.

“ ya, nanti kejap Aka turunlah , “ jawab Akalili. Kelam kabut dia menyikat rambutnya yang masih basah.  Namun, difikirannya berlegar - legar persoalan tentang buku biru tersebut.